FOLLOWERS

Saturday, December 3, 2016

Boleh Ke Lelaki Minat Pink ?

Salam Alaikum ^^


SUMBER

Lelaki biru, perempuan pink. Lelaki tak boleh minat pink dan perempuan boleh minat biru. Tak adil kan ? Bila lelaki pakai pink mesti akan dicop yang lelaki tuh lelaki lembut dan kalau perempuan yang tak minat color pink akan dikata yang perempuan niih perempuan tak sejati. 

Dulu aku tak minat pink dan aku rasa orang pink niih mesti girl girl gileer, tergedik gedik dan sewaktu dengannya. Dan selalunya benda yang kita benci gilee tuuh akan jadi kesukaan, Sebab tuh orang kata benci berpada pada, Dan sekarang aku minat pink. 😅

Pendapat aku buat masa sekarang, boleh je lelaki minat pink. Tak salah pun dan bagi aku lelaki yang pakai color pink niih jiwa dia lembut dan dia manusia yang penuh kasih sayang. Tapi tak bermakna laki yang tak minat pink tak penuh kasi sayang. 😄

Sebenarnya lelaki yang minat pink, boleh pakai baju kemeja colour pink nih , lelaki yang confident. Kau ingat senang ke, nak suruh lelaki pakai pink ? Kebanyakan lelaki tak nak pakai color pink sebab takut nak terima pandangan orang ramai yang akan cop dia lelaki lembut, mak nyah.

Tapi sekarang, aku rasa dah jadi trend lelaki pakai pink. Dulu mungkin orang akan kata yang tak cool, tak macho lelaki pakai pink, Tapi, sekarang lelaki pakai pink, orang akan kata dia lelaki yang sweet 💕

Color itu universal. Setiap orang bebas untuk pilih color kesukaan masing masing. Hidup atas hidup kita dan jangan peduli pandangan orang ^^



Friday, December 2, 2016

Review Drama Korea : Oh My Geum Bi


Salam Alaikum ^^


Tajuk : Oh My Geum Bi / My Fair Lady 2016
Pengarah : Kim Young Jo
Siaran : KBS2
Episod : 16 
Tayangan : Rabu dan Khamis 10PM (Waktu Korea)
Tayangan : 16 November 2016 - 5 Januari 2017
Pelakon : Heo Jung Eun (Oh Geum Bi),
 Oh Ji Ho (Mo Hwi Chul),
 Park Jin Hee 


SINOPSIS RINGKAS : 

Cerita ini mengisahkan tentang Oh Geum Bi yang berusia 8 tahun yang ditinggalkan mak ciknya dengan sehelai kertas yang mengandungi alamat rumah ayahnya. Geum bi ni budak bijak dan dia ada kelebihan baca 'tarot card'. Geum Bi tak pernah kenal siapa ayahnya, sehinggalah mak ciknya tinggalkan dia, barulah Geum Bi pergi ke alamat yang mak ciknya beri. Ayah Geum Bi, Mo Hwi Chul ni pulak adalah seorang penipu. Kerja dia memang penipu dan dia kena tangkap dengan polis disebabkan kes penipuan yang dia buat. Dan nak dijadikan cerita, dia terlepas dari dikenakan tindakan penjara disebabkan Oh Geum Bi. Mo Hwi Chul nih tak percaya yang Geum Bi niih anak dia dan dia rancang nak hantar Geum Bi ke rumah anak yatim.

Oh Geum Bi niih sebenarnya ada penyakit Dematia. Dematia nih adalah sejenis penyakit yang berkaitan dengan daya ingatan yang disebabkan oleh kematian sel-sel secara abnormal. Ayah Geum Bi niih mula berubah bila wujudnya Geum Bi. Dia dah start hargai kehidupan.

KENAPA PERLU TENGOK DRAMA NIH ? 

Setakat hari aku taip entry niih, cerita nih baru sampai episod 3. Dari episod satu sampailah ke episod 3 bagi aku cerita dia sangat menarik, jalan penceritaan dia masih tersusun. Drama nih mengisahkan tentang hubungan kasih sayang ayah dengan anaknya. 

Aku tak minat sangat Oh Ji Ho, tapi aku tengok jugak drama nih disebabkan budak perempuan kecik tuuh, Geum Bi. Dia pelakon muda yang sangat pandai menghayati watak. Korang pernah tengok filem Miracle Of Cell No 7 ? kalau korang rasa cerita tuh best, korang patut tengok cerita nih. Atau korang yang sukakan drama bertemakan kasih sayang anak dan ayah, memang digalakan untuk korang tengok,

Kalau masih tak yakin yang drama nih best, korang boleh tengok press conference untuk drama nih dulu :)


Thursday, December 1, 2016

Lelaki Dan Perempuan Berkawan Baik ? Mampukah ?

Salam Alaikum ^ll^



Lelaki dengan perempuan, bolehkah berkawan baik ? Aku tahu dah banyak orang tulis benda niih dan aku tetap memilih untuk tulis tentang benda niih.

Orang kata, lelaki dan perempuan boleh berkawan baik. Orang kata, lelaki lebih memahami perempuan dan lelaki suka kawan dengan perempuan sebabnya perempuan lebih caring berbanding kawan lelaki yang mana akan ngajing kau habis habisan bila kau jatuh longkang tetiba. Perempuan pulak kata, yang lelaki nih lebih memahami dan lelaki niih lebih bersifat pendengar bila diceritakan masalah. Lelaki akan bagi solusi yang matang bila berdepan masalah sedangkan perempuan cuma tahu berkata sabar dan sabar.

Orang lain pulak berkata, perempuan dan lelaki sama sekali tidak boleh berkawan baik. Lelaki akan terjatuh bila mana dia berkawan dengan perempuan tambah tambah bila kawan perempuannya cantik. Lagi cantik kawan perempuan, lagi cepat lelaki terjatuh. Orang kata, lelaki cepat perasaan. Perempuan pun kadang sama. Selalunya bila lelaki dan perempuan berkawan pasti akan ada salah seorang tergelincir. Kalau tak percaya cuba tengok cerita Kuch Kuch Ho Tai. Itu buktinya yang nyata lagi jelas, salah seorang pasti akan tersungkur dengan mainan hati.

Itu kata orang. Kata aku, Lelaki dan perempuan tak mustahil untuk berkawan tapi untuk menjadi sahabat baik itu mustahil. Magnet akan tertarik bila caj positif dan negatif bertemu. Begitu juga dengan lelaki dan perempuan.

Persahabatan diantara perempuan dan lelaki itu berbeza. Susah untuk dijaga hingga ke akhir.  Ada yang kata, hati itu boleh dikawal dan kataku, hati itu tak dapat dikawal. Hati itu tidak punya remote control. Hati itu sifatnya bolak balik. Hati itu mainan rasa. Sebelum tersungkur, lebih baik bina tembok yang dapat melindungi hati kau dari tersungkur dengan longlai.


KC
16 Nov 2016
NOTE:
Hanis Zalikha dengan Hairul Azreen *eh betul ke nama dia?*  dulu pun kawan baik jugak dan berakhir dengan perkahwinan. ✌ 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...