Kondom dan Budak Sekolah

Salam Alaikum. 
Dah berapa hari aku tak up apa apa entry sebab aku malas nak taip. * Haih, macam mana nak berjaya, sambil geleng geleng kepala *

Ok, balik pada tajuk. Kondom dan budak sekolah . Tahu kondom ? Kondom tuu satu alat untuk mencegah kehamilan atau boleh dikategorikan sebagai alat perancangan keluarga ala-ala pil perancang gituu . Dan budak sekolah pulak ialah budak yang masih bawah umur 18 tahun kebawah yang mana masih bersekolah dan kena pakai baju sekolah.

Alkisahnya bermula, dimana seorang kawan aku ni bekerja di sebuah kedai farmasi & kecantikan dan ditugaskan dibahagian kaunter pembayaran sebagai cashier atau juruwang dalam melayunya. Semasa dia jaga kaunter, adalah sorang budak laki yang masih bersekolah datang beli kondom dan kawan aku tak tahu langsung yang budak tuu beli kondom. Lepas budak tu balik , kawan aku tanyalah kawan sekerja dia "durex itu ubat untuk apa ?" Dan kawan dia gelak sambil bagitahu yang durex tu kondom alat untuk mencegah kehamilan. Makanya, terkejutlah kawan aku serta takut sebab dah jual kondom dekat orang tak sepatutnya. 

Jadinya, dia tanyalah kita kita orang, * aku &kawan2 di group whatsapp *  berdosa tak kita jual kondom dekat orang tak sepatutnya ? Maka jawapan aku mesti lah berdosa sebab kita galakkan orang bermaksiat, tapi macam situasi kawan aku , dia tak tahu pun yang dia jual tuu kondom makanya dimaafkan atas sebab dia memang tak tahu benda tuu memudharatkan bagi budak sekolah. 

Dan dalam banyak banyak jawapan aku tertarik dengan satu jawapan kawan aku :


" dari apa yang aku baca, ustaz nih cakap, harus hukumnya jual kondom nih, tapi haram kita jual dekat pasangan yang belum kahwin.. bdk tu tak kahwin lagi kan ? sebab kebiasaannya orang beli kondom nih untuk melakukn seks dan takda lagilah yang beli kondom nih untuk bungkus air..
tu dari yang aku baca lah.. tapi tataulah kan kalau bdk tu beli untuk ayah dia..." 

Kesimpulan dia kat sini :

1. Pendidikan agama tu penting dari kecik. Budak zaman sekarang ni , dah terlebih pandai dari ibu ayah . 
2. Mak ayah kena selalu pantau pergerakan anak anak tapi jangan sampai mengongkong. Mak ayah perlu jadi sahabat buat anak anak . 
3.  Kalau kita berkerja dekat tempat tempat yang menjual alat alat untuk pasangan keluarga, tapi yang datang belinya budak budak , kita kena berani & tegas melarang dia beli. Tanya dia, nak buat apa dengan benda ni ? Dah kahwin ke belum ? Dan kalau rajin tazkirah dia. Hehe . Ni salah satu medan kita untuk berdakwah :)
4. Seolaknya, kalau ada pekerjaan yang lebih islamik, lebih baik , pindah tempat kerja sebab kita apa yang kita makan. Kadang kadang kita nii hati degil mungkin disebabkan sumber rezeki kita. Jom sama sama kota check balik, sumber rezeki kita. Moga dijauhkan dari seksa api neraka. 

:)


Share this:

ABOUT THE AUTHOR

Kim Chaa

Kim chaa @ KC 23. Student. Part Time Blogger. Any inquiries or collaboration you can contact me by my email at aniesa94ahmad@gmail.com.

    Blogger Comment
    Facebook Comment

5 comments:

  1. ish beraninya budak tu beli dengan pakaian sekolah. advance betoi. I yang dah kahwin ni pun segan segan nak beli.

    masa memula beranak dulu I beli. tapi maybe sebab muka I ni nampak macam bebudak sangat, ada pakcik ni (siap berkopiah bagai) tengok atas bawah lepas tu dia tunjuk wife dia, "tu tengok budak tu beli apa".

    taktahula nak cakap malu ke segan ke rasa nak penumbuk ke pakcik tu. I dah beranak dua, sukati I lah kan nak beli apa pun. tapi kalau tengok cermin, memang merah la muka time tu. I tak angkat muka pun. tunduk je >,<

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah, berani sgt budak zaman sekarang. Hmm ..
      Haha, lain kali kena bawal anak teman g beli . Hehe

      Delete
  2. Budak sekolah pun dah beli benda tu. Kita nak sebut pun dah segan.. Huhu
    Moga diberi hidayah laa budak tu kalau betul dia beli untuk dia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huhu.. Amin .. mudah mudahan kita semua dijauhi dari segala maksiat

      Delete
  3. dahsyat jugak, terkejut dgr budak sekolah beli condom....yelah, ayat cliche org ckp bila tau budak sekolah becinta biasanya kann, spender pon mak bapak belikan lgi... dia ada duit sikit, gi beli kondom....hai la budak zaman sekarang ni...nauzubillahi minzalik.... rasa xbest dgr...

    ReplyDelete

Pecah kaca, pecah gelas, dah baca komen lah, nanti saya balas ^^