Pengalaman menggunakan Asus ZenFone 2

Salam Alaikum. 


Sumber : Google
Gambar dekat atas tuu ZenFone 2 . Aku start pakai bulan Jun / Julai tahun ni, takpasti . Terlupa dah bila beli. Hehe .. 

Masa aku beli phone ni harga dia RM 599 ( 16 Gb Internal / 2 Gb RAM ) dan beli dekat KB Mall, Kelantan.

Setakat aku pakai hari ni, aku rasa ok laa, berbaloi laa dengan harga. Alhamdulillah, dah banyak kali jatuh, tapi still ok. Takpernah lagi 'heng' . 

Kamera depan belakang lawa, bila pencahayaan lawa :p 

Dan kalau korang nak tahu, sepanjang aku start aktif balik berblogging dengan blog baru nih, aku post entry, blogwalking semuanya menggunakan ZenFone 2 niih. Aku tak online pakai laptop sebabnya laptop aku dah nazak sangat. :(

Cuma yang takbest pasal ZenFone nih, hanya boleh pakai satu sim. Kalau yg RAM 4GB baru boleh dualsim. Tapi harga mahal sikit laa. Dan bateri pulak cepat habis, kalau jenis online 24 jam. Kalau tak online ok je, bateri boleh tahan 2/3 hari.

Dari segi sound, ok takde bunyi bergaung, takde slow sangat, radio ada takpayah nak download apps radio dekat Google play, kelajuan handphone ok, taklembab , skrin dia pun lembut je. 

Kalau bajet nak beli smartphone bawah RM 600, korang boleh cuba ZenFone 2, berbaloi dengan harga. :) 
Rasanya sekarang mesti lagi murah . 

Kalau nak tahu apa apa lagi, korang boleh pergi dekat website: 



Sekian , pengalaman dari aku. 

- Iklan ini tidaklah ditaja oleh Asus. Mohon Asus bagi diskaun untuk aku beli laptop ^^

Share this:

ABOUT THE AUTHOR

Kim Chaa

Kim chaa @ KC 23. Student. Part Time Blogger. Any inquiries or collaboration you can contact me by my email at aniesa94ahmad@gmail.com.

    Blogger Comment
    Facebook Comment

4 comments:

  1. salam, menarik , tapi masa belum berniat nak beli, guna yang mana ada dulu sekarang ni hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau masih elok, guna je apa yg ada dulu .. takpayah membazir :D

      Delete
  2. Hurm...bagus jugak kan...insyaAllah ada rezeki nak jugak tukar phone..masih berkira phone apa nak diguna..
    ^_^

    ReplyDelete
  3. bagi sis JM..kalau camera phone tu gambar nya cantik sudah mencukupi malas nak usung camera berat gedabak tu

    ReplyDelete

Pecah kaca, pecah gelas, dah baca komen lah, nanti saya balas ^^