Psycho

Salam Alaikum.

Dah dua tiga hari aku tak menaip sebab takde idea + kemalasan.

Beberapa hari lepas aku ada baca confession dekat page IIUM Confession berkaitan psycho. 


FB : IIUM Confession

Bila aku baca, terus aku teringat yang aku dulu pun pernah hidup dengan roommate yang psycho selama satu sem.  Tapi roommate aku tuu, takde laa se psycho macam kat atas tuu. 

Kisah aku : 

Aku ada penyakit yang dinamakan sebagai ailurophobia atau dengan kata mudahnya takut kucing. Hahaha.. Dan masa aku semester 5, aku dapat roommate yang saaaaaaaangaaaaat sukakan kucing. *ini tak tahap psycho*

Mula aku ok je, aku tak kisah pun dia minat kucing, sampailah satu hari tu aku nampak dia cakap sensorang dan gelak. Masa tuu dah malam. Tengah malam. Serius takut. Dan aku cuba anggap, dia mengigau kot. Dan bila benda ni berulang banyak kali depan mata aku walaupun masa tu tengah siang aku syak dia ni mesti ada masalah wayar putus. 

Aku ingat aku sorang perasan, rupanya kakak roommate aku pun perasan jugak. Lepas aku bagitau aku pernah nampak banyak kali siap gelak menggilai terus kakak tuu ajak aku angkat barang pindah bilik sebelah. Ahaha .. 

Dan kakak tuu pindah tinggal aku dengan psycho tuu je dalam bilik yang mampu memuatkan 8 orang. Seram sihh.

Selama aku duduk dengan dia aku pernah tengok banyak benda :

- cakap sensorang
-gelak menggilai 
-simpan sampah 
-tempar tidur macam tempat pengumpulan sampah
-buka pintu masa tengah malam
-pergi kelas tak mandi
- pakai baju + tudung yang sama setiap hari
-sepahkan makanan dalam bilik, luar bilik sebab takut kucing lapar
- bukak tingkap malam malam demi bagi laluan untuk kucing. *bilik aku mengadap asrama lelaki dan bila buka memang budak laki boleh nampak orang dalam bilik. Ngee*
- sembahyang tengok kiri kanan
Dan banyak lagiiiiiiii ~~~~~~ 

Aku memang selalu mengamuk dengan dia sebab aku stress tengok bilik macam tongkang pecah. *walaupun aku bukannya jenis pengemas manapun* dan aku stress bila dia bawa masuk kucing kurap dalam bilik. =.=" 

Kadang kadang aku takut jugak dengan dia sebab dekat meja dia ada pisau yang guna untuk potong ayam, bersiang ikan tuh . Sebab aku pernah terjagaa satu malam dia tengok aku. Ergggggggggggggggghhh ... 

Akhirnya semester tuu result aku paling teruk menjunam bergolek golek. TT 

SEKIAN, 
Coretan Menggamit Kenangan Silam Yang Amat Pahit Lagi Mendukakan.



Share this:

ABOUT THE AUTHOR

Kim Chaa

Kim chaa @ KC 23. Student. Part Time Blogger. Any inquiries or collaboration you can contact me by my email at aniesa94ahmad@gmail.com.

    Blogger Comment
    Facebook Comment

17 comments:

  1. haih.. seram pula baca. haha Lissa tak pernah sambung study lagi, jadi tak tau rasanya macam mana ada rumet. kalau ada rumet nnti harap-harap tak la psycho macam ni.. sumpah takmau. T_T agaknya stress belajar kut?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak tahu laa ..tp dia memang dah 'sakit' tuuh lama dah

      Delete
    2. Tak tahu laa ..tp dia memang dah 'sakit' tuuh lama dah

      Delete
  2. Seram jugak dengar cerita awak ni.
    Tapi, kalau jumpa kawan macamtu. Better tanya peg psikologi ataupun org yg sepatutnya. Manalaa tau blh bantu dia. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa tuuh tak sempat nak pikir cari peg psikologi .. haha

      Delete
  3. aduhhh menyeramkan la akak ada roommate macam tu :O

    ReplyDelete
  4. mak!!!! takutnya...bukan tak boleh ke bawak pisau? uish...kalau saya mohon tukar bilik terus...
    takut giler!

    ReplyDelete
  5. yeee ada baca di FB.. aiyak.. kalo boleh mmg xmo la duduk ngan orang macam ni..
    CT dahla penakot.. seram kang tido pun x lena..

    ReplyDelete
  6. erk. nasibla tak ada pengalaman lagi housemate/ rumet psiko macam ni. seremmm. haha
    salam kenal :))

    ReplyDelete
  7. seram kut baca. erkk. yg part pisau tu bahaya sungguh. semoga dijauhkan hidup dgn org macam ni. haishh

    ReplyDelete
  8. Pergh!! Ngeri nye.. Kalau akak, dah cabut dah.. x mampu..

    ReplyDelete

Pecah kaca, pecah gelas, dah baca komen lah, nanti saya balas ^^