Throwback Thaqif dan keropok

Salam Alaikum .
Malam ni nak throwback sikit :)

Alkisah bermula, anak sepupu aku datang rumah dengan nenek dia merangkap mak saudara aku dan mak long dia merangkap sepupu aku. Masa diorang sampai tu, aku baru siap goreng keropok lekor jiran aku bagi. Dah siap goreng aku letak dulu atas meja makan sebelum nak hidang dekat tetamu tetamu yang baru sampai tuu, sebabnya air tak bancuh lagi. Dah siap bancuh air semua, tiba tiba anak sepupu aku yang umur 3 tahun nama Thaqif dia cakap " emm... Thaqif rasa macam nak makan kerepok laa. Sedapkan keropok ? " *Sila baca dengan intonasi suara kartun ala ala upin ipin dan buat muka orang mengidam*

Bila teringat balik, memang aku akan gelak. Sebabnya, Thaqif tuu nak makan keropok, tapi kalau ambik terus takut kena marah dengan mak long & nenek dia. Makanya dia pun gunakanlah bahasa kiasan biar nampak sopan gituuu. 

Sumber : Pak Cik Google 


Moral of story : didiklah anak dengan adab dari kecik. Ajar dia melalui perbuatan bukan hanya melalui kata kata. Sebab budak budak dia lebih banyak belajar dengan apa yang dilihat bukan apa yang didengar.*termasuklah kita orang tua*  :) 

Note : 
Kanak kanak akan lebih fokus, bila kita bercakap menggunakan intonasi menaik macam suara kartun, berbanding suara mendatar macam romeo tengah tabur ayat cintun. 


Share this:

ABOUT THE AUTHOR

Kim Chaa

Kim chaa @ KC 23. Student. Part Time Blogger. Any inquiries or collaboration you can contact me by my email at aniesa94ahmad@gmail.com.

    Blogger Comment
    Facebook Comment

4 comments:

  1. salam, haah budak budak memamng selalu macam tu, kita tengah makan kan dia pon datang makan apa tu? tahu la dia nak sebenarnya hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha .. kaaann ~~~ tapi kadang kadang suka buat xpaham, smpai lah diorg buat muka sedih baru bagi. Haha .. jahat gileer

      Delete
  2. Replies
    1. Dia memang comeii .. dan laa pandai cakap :D

      Delete

Pecah kaca, pecah gelas, dah baca komen lah, nanti saya balas ^^