Tips Kebahagian Dunia Akhirat

Salam Alaikum :)

Tak pernah dan takkan ada manusia yang tak nak bahagia, tak nak ketenangan. Betul tak ? 

Jadinya hari ini, aku nak kongsikan 3 tips untuk bahagia dunia akhirat. INSYAALLAH ^^

Sebelum tuu, aku nak ucapkan terima kasih untuk makcik yang bagi tips ni dekat aku masa satu bas pergi KL haritu. Lupa pulak nak tanya makcik tu nama apa. 


Gambar Hiasan sumber FB Oh Media



Tips Bahagia Dunia Akhirat (Insyaallah)

1. Jaga Solat 

Macam mana busy sekalipun, jangan tinggalkan solat. Solat itu tiang agama. Rumah boleh roboh bila bila masa sahaja, bila tiang tak kuat. Macam tu jugak kita, bila bila masa boleh rebah, bila rohani tungang langgang. :) 

2. Jaga Amanah

Bila dapat tanggungjawab, jalankan dengan penuh dedikasi. Walaupun tugas kecil, tapi dekat akhirat sana, semuanya akan dipersoalkan. Contoh : bila kawan suruh jaga jam tangan dia, jaga elok elok. Jangan hilangkan. Sebab itu amanah. Nampak kecil, tapi itu salah satu punca untuk kita capai kebahagian & ketenangan ^.~

3. Jangan Khianat 

Khianat ni apa ? Khianat ni orang yang ada hasad dengki. Tak boleh tengok orang lain ada apa yang dia takde. Kadang kadang dia tak perlu pun benda tu. Dia cuma, tak suka tengok orang lain bahagia. 

Nampak senang kan ? Tapi susah nak buat secara berterusan. Kita manusia ni, suka pandang mudah dengan amanah yang orang bagi. Selalu lambat lambatkan solat dengan alasan 'esok exam. Banyak lagi tak study. Jap gi laa aku solat.' 

Moga kita semua dikurniakan kebahagian dunia akhirat :) 

Sekian tazkirah dari saya, 
Kim_Chaa  :p 

Share this:

ABOUT THE AUTHOR

Kim Chaa

Kim chaa @ KC 23. Student. Part Time Blogger. Any inquiries or collaboration you can contact me by my email at aniesa94ahmad@gmail.com.

    Blogger Comment
    Facebook Comment

7 comments:

Pecah kaca, pecah gelas, dah baca komen lah, nanti saya balas ^^