Tudung Best Dan Selesa

Salam Alaikum :)

Hari ini aku nak kongsikan jenama tudung yang best dan selesa dipakai. 

1. Cloverush



Aku kenal dengan cloverush ni, disebabkan Fynn Jamal. Selalu tengok IG Fynn Jamal pakai tudung simple tapi nampak selesa. Bila ramai sangat yang tanya, maka Fynn Jamal pun bagitahu yang dua pakai tudung Cloverush.

Apa yang best Cloverush ? 

Material Kain dia best selesa, sejuk tak panas. Kau pakai 24 Jam pun, still kau boleh senyum dengan bahagia. Kualiti jahitan dia tip top. 

Kain yang mudah gosok. Tak perlu nak gosok lama lama. Bagi manusia pemalas macam aku, memang sesuai sangat laa dan memang menepati citarasa. Kofkofkof

Harga berpatutan dan setanding dengan kualiti. Haa, untuk korang yang pipi pau muka bolaaat macam aku, sesuai pakai tudung ni sebab bila pakai dia bagi effect kurus gituueew . >v<
 
Korang boleh order melalui website, ZALORA, atau agent, atau terus ke butik *dah macam ayat promoter*

Agent / Whatsapp : 017-901 3877 (Cloverush Kuantan) *aku selalu order dengan dia :D 
Butik :  Jalan Dataran Wangsa 1, 53300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia.

2. Aidijuma




Tudung Aidijuma ni pun best sebab corak dia semua lawa lawa dan kalau kau pakai tuu, memang orang dah tahu yang tudung kau pakai tuh tudung Aidijuma.

Kualiti kain dia best, senang bentuk dekat bahagian muka cuma yang black label punya kain tuh je lembik sikit . Makanya susah nak bentuk dekat bahagian muka.

Harga dia berpatutan sangat dan berbaloi kalau beli. Sekarang ni Aidijuma ada buat sales. Murah gileeerrr !! Black Label harga asal RM 35 sekarang jadi RM 12 . 


Yang pakai tudung labuh pun boleh pakai Aidijuma sebabnya Aidijuma ada je yang bidang 60 :) 

Sekian, 
Iklan tanpa bayaran dari pengguna setia ^^
KimChaa

Share this:

ABOUT THE AUTHOR

Kim Chaa

Kim chaa @ KC 23. Student. Part Time Blogger. Any inquiries or collaboration you can contact me by my email at aniesa94ahmad@gmail.com.

    Blogger Comment
    Facebook Comment

3 comments:

  1. sy salah sorg collector Aidijuma! haha. best AJ, selesa pakai kan kan :D

    ReplyDelete
  2. kita pakai tudung sarung je...hu6...

    ReplyDelete
  3. Kita pakai tudung bawal biasa je. Hihi xada nama brand hihi

    ReplyDelete

Pecah kaca, pecah gelas, dah baca komen lah, nanti saya balas ^^