Aku Menyampah Bila


Salam Alaikum ^^

Korang mesti ada perkara yang korang tak suka kan ? Macam tu juga aku. Ada beberapa perkara yang aku menyampah bila : 


1. Orang kurus cakap dia gemuk 

Ini memang aku rasa nak lenyek makhluk macam ni. Dah kurus keding cakap diri gemuk. Kalau dia gemuk, aku ni apa ? Huargghhhhh .. 


2. Orang putih cakap dia hitam

Ini spesis sama seperti orang kurus ngaku gemuk. Dah putih, cakap dia hitam laa, tak lawa laa. Kang aku cakap tak lawa sungguh bergaduh dengan aku pulak. Cakap aku hasad dengki dengan dia =.=" . 
Haishhh kalau dia yang putih tuu hitam , makanya aku ini akan dikategorikan sebagai hitam melegek macam buntut kuali laa gamaknya TT_TT

3. Makan berbunyi 

Ini aku mohon maaf untuk manusia yang suka makan berbunyi atau habit dia memang kalau makan kena bunyi kalau tak, tak kenyang makan. Aku memang menyampah orang makan bunyi sebab aku rasa tak beradab. Masa kecik kecik dulu aku suka buat buat makan bagi bunyi dan akhirnya aku kena marah dengan mak aku. Tragis lagi, sepupu aku ada yang kena tampar *slow je laa* sebab makan bunyi *kuat giler* depan mak aku.

4. Pinjam buku tak pulangkan balik

Aku jenis manusia yang suka beli buku. Buku yang aku rasa best aku akan beli dan kebanyakan adalah novel. Jadi ramailah orang yang pinjam. Masalahnya bila dah pinjam tak bagi balik. Buat harta karun. Nak kata tak tahu siapa punya, buku aku wajib tulis nama, alamat, email, no phone, tanda tangan, tarikh beli & tempat beli. Takkan taktahu lagi nak pulangkan. Paling aku stress, hamba Allah yang pinjam buku teks Ekonomi Islam aku yang pensyarah aku tulis dan paling banyak aku catat sebabnya aku suka subjek tu dan style pensyarah tuu ajar, dan dia tak pulangkan balik. Masa pinjam cakap nak pinjam seminggu je untuk study week. Sekarang dah kerja pun tak pandai pandai pulangkan. Aku pulak kena merayu minta dia pulangkan .. ergghhhhhhhh 


Sekian , 
bebelan daripada KC







Share this:

ABOUT THE AUTHOR

Kim Chaa

Kim chaa @ KC 23. Student. Part Time Blogger. Any inquiries or collaboration you can contact me by my email at aniesa94ahmad@gmail.com.

    Blogger Comment
    Facebook Comment

12 comments:

  1. haa....setuju dengan yang nombor empat tu....bab buku paling sensitif...yang lain mungkin boleh kira lagi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan .. sbb buku tuhh kita beli pakai duit

      Delete
  2. Part makan bunyi tu pun saya pernah tampar dengan abang saya waktu sy kecik. Memang nampak tak beradab.

    ReplyDelete
  3. Yang ke-4 tu saya pun rasa menyirap je. Dah biasa sangat novel kena kebas ni..dah la novel peberet..haissshhh..buku stydy pun sama..kita jaga elok-elok tapi da bagi pinjam kat orang habis lunyai buku tu..boleh kata setiap helai ada je ditulis..dengan pen pulak tu..memang colorful ceria popstar sangat..gerammmm je rasa..tapi tak apa la..yg penting dia pass subjek tu..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pass subjek sampai terlupa nk pulangkan =.="

      Delete
  4. Saya dah follow ya..mohon jenguk blog Etuza pula ya...

    ReplyDelete
  5. salam sabor jela kimchaa manusia manusia

    ReplyDelete
  6. yang pinjam buku tak pulangkan balik tu arghhh, sangat menyampah *tumbuk meja*

    ReplyDelete

Pecah kaca, pecah gelas, dah baca komen lah, nanti saya balas ^^