Belajar dari Sang Gila

Salam Alaikum ^^

Entry kali ni aku nak cerita pasal orang gila. Dekat kampung aku nih ada laa sorang ni, dia gila tapi kadang kadang. Orang panggil dia Salim. Aku tak tahu kenapa dia gila. 

Salim nih jual limau bali dekat tepi jalan. Sebelah dia ada pakcik jual air. Dalam seminggu, dua tiga kali Salim akan pergi ambil stok limau bali. Suatu hari, Salim ajak sorang budak pergi teman dia ambil limau bali dan dia ajar budak tu berniaga limau bali. Budak tu pulak berniaga di seberang jalan tempat Salim berniaga.

Bila pak cik jual air tengok, dia cakap dekat Salim :

" Hang ni bodoh laa Salim. Awat yang hang suruh dia berniaga limau bali jugak ?" 

Salim jawab : 

" Kalau aku berniaga soghang pun tak dan jugak. Sebab tu aku suruh dia berniaga. Rezeki masing masing Allah bagi."

Orang gila pun dah pandai bagi Tazkirah. Haha .. 

Baru baru ni Salim keluar tabligh 40 hari *kalau tak tau sila tanya mak ayah*. Orang gila pun boleh keluar tabligh. Kita yang normal ni, sibuk masuk panggung wayang makan popcorn. 

Masa dia keluar tabligh tuh, ada orang panggil dia balik nak bawak dia pergi umrah dan Salim hanya perrlu bayar RM 500 SAHAJA. Orang kampung tak percaya, dan orang kampung pesan 

" Kalau dia bohong hang, hang jangan dok p buat apa apa dekat dia naaah "

Salim cakap :

"nak buat apa ? Beg dia bagi kat aku pun mahai dah. Kalau dia bohong aku, aku nak p jalan pusing Malaysia."

Dan sekarang, Salim dah ada di Makkah buat umrah. Dua kali dah dia pergi. Aku bila lagi ? 



Share this:

ABOUT THE AUTHOR

Kim Chaa

Kim chaa @ KC 23. Student. Part Time Blogger. Any inquiries or collaboration you can contact me by my email at aniesa94ahmad@gmail.com.

    Blogger Comment
    Facebook Comment

16 comments:

  1. auch~ sound like deep to me.. 1 benda baru. thanx

    ReplyDelete
  2. subhanallah...hebatnya beliau. kadang org yang dikatakan 'gila' oleh manusia adalah orang yang paling 'cerdik'. Mereka fikir guna hati yang tulus.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haa'ah betul. Hati diorg lg suci dr kita :(

      Delete
  3. Alhamdulillah. Kita masih mampu untuk belajar tanpa mengira siapa pengajarnya.

    ReplyDelete
  4. Sebak pulak huhuhu..macam tak gila pun ada :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn ? Org gila lg baik dr kita T.T

      Delete
  5. hehe macam lawak tapi kadang kadang apa yg kita rasa gila tu berbaloi untuk dibuat sebenarnya

    ReplyDelete
  6. Mungkin Allah nak kita belajar dari "sang gila"

    ReplyDelete
  7. Rezeki masing2 kann? Kurang kat situ, adalaa lebih kat lain pulak. :)

    ReplyDelete
  8. Wah. Ya mungkin Allah nak kita belajar dari Dia. Betul tu

    ReplyDelete
  9. Wahhhh respek arr kat salim tuh....maybe dia bukan gila, ynag gila terus tuh....dia just kurang sikit akal, takpon lurus sikit kot... tpi hati dia baik.... salute arr salim!

    ReplyDelete

Pecah kaca, pecah gelas, dah baca komen lah, nanti saya balas ^^