Kenakalanku disuatu Masa Dahulu


ASSALAMUALAIKUM ..

Hari ini aku nak kongsi cerita tetang 'nakal'nya aku suatu masa dulu. Bila difikir-fikirkan balik, rasa kelakar , malu pun ada jugak .. hihu3 

Peristiwa ini berlaku masa aku masih lagi kanak-kanak ribena, kalau tak silap aku masa tue aku baru darjah dua. Aku ada sorang bapa saudara sebelah ayah, garang giler doe dia nie masa sebelum kahwin. Barang dia, jangan harap nak sentuh. Kalau dia dapat tahu, kitaorang (anak-anak buah dia) sentuh barang-barang dia, memang mati lah kita orang hari itu. 


zaman kanak-kanak ribena :P


Bila hari dia kahwin, aku dengan dua, tiga orang sepupu aku yang lain berpakat nak buat jahat dekat dia sebab dia suka sangat marah kita orang. Plan kita orang cuma satu je, sembunyikan kasut dia dan Plan ini berjaya dengan sejaya-jayanya. Memang dia nak mengamuk tapi dia cover, al-maklumlah ~~ dia kan pengantin hari tue .. kah3 

Habis je majlis, lepas kenal-kenal dengan Mak saudara baru, sembang-sembang, makan-makan, tetiba dia dengan wife dia masuk bilik pengatin. Aku dengan sepupu sepapat aku nie dah pelik, kenapa kalau pengatin kena masuk  bilik awal ? Dia bukannya kena basuh pinggan, layan tetamu pun, cuma berdiri senyum macam anak patung je, tak ada laa penat sangat. Disebabkan kita orang tertanya-tanya, kita orang pun buatlah plan baru, misi  ''disebalik bilik pengantin.''

Rumah nenek aku rumah dua tingkat. Bawah batu atas kayu. Dekat atas ada dua biik, satu bilik pengantin dan yang satu lagi bilik kosong.( Bilik nie dipisahkan hanya dengan kayu play wood dan dekat bahagian atas boleh tengok apa yang ada dekat bilik sebelah). Aku dengan sepupu sepapat aku naik atas nak menjalankan misi. Kita orang masuk duduk bilik yang kosong tue sambil buat plan (bisik membisik) macam mana nak selesaikan misi. 

Sepupu :  hang naik dulu.

Aku : awat pulak aku dulu ? hang laa dulu

Sepupu : hang kan kecik, hang panjat, aku tolong jaga hang dari bawah. Bila hang dah naik, aku naik laa ~~

Aku : ok , tapi hang kena naik, lepas aku naik .


Dialog kita orang masa tue, lebih kurang macam nie laa. 

Habis je perbincangan, aku pun panjat dinding . Disebabkan aku nie kecik, tangan aku sampai dulu . Bila aku dah berjaya panjat aku pusing tengok bawah suruh sepupu aku naik. Dia pun siap-siap nak naik. Aku dengan penuh bangganya pusing kepala nak tengok apa yang ada dalam bilik tue dan tengok bapa saudara aku tengah buat apa. TIBA-TIBA :


" hang buat apa kat atas tu ? cari apa ? " 


lebih kurang macam nie laa, muka aku waktu tu





Dushhh !!! rupa-rupanya, bapa saudara aku perasan yang aku panjat dinding. Yang paling aku geram sekali dengan sepupu aku . Lepas dia dengar bapa saudara aku tanya aku, terus dia pecut lari tinggal aku. Dah sepupu aku pecut lari, aku pun terus lompat, lari lintang pukang, takut kena kejar dengan bapa saudara aku. Turun je bawah, semua orang pelik, sebab apa kita orang lari, tapi aku dengan sepupu aku senyum macam kerang busuk je. Nasib baik lah, bapa saudara aku tak kejar kita orang. Kalau tak, memang mati katak laa aku dengan sepupu aku. 


Sekarang nie, aku dah tak buat dah kerja macam ni. Ituah kali pertama dan terakhir aku buat kerja tak senonoh. 

P/S : jangan tiru aksi ini .  :D



Share this:

ABOUT THE AUTHOR

Kim Chaa

Kim chaa @ KC 23. Student. Part Time Blogger. Any inquiries or collaboration you can contact me by my email at aniesa94ahmad@gmail.com.

    Blogger Comment
    Facebook Comment

17 comments:

  1. nakalnya dulu2. sampai panjat dinding. hihih. tp kenangan childhood ni mmg ohsem !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahah .. mmg puuun. Bila ingt balik rasa dasyatnyaa aku doluuu

      Delete
  2. Haha.. adoii. Namanya pun budakkan tak tau pape. Nasib tak dikejarnya dek pak saudara kim chaa. huhu.

    ReplyDelete
  3. Bhahaha. Kelakarnyaa. Balas dendam tak berjaya sangatlah kiranya tuu. Kantoi di tengah jalan. Haha :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha .. tak brpa nak brjaya .. mision gagal :D

      Delete
  4. salam, lawak lawak gigih nau panjat ! heheheXD

    ReplyDelete
  5. salam, lawak lawak gigih nau panjat ! heheheXD

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amboiii seronok gelak sampai 2x komen :p

      Delete
  6. Haha.. mmg nakai ni... biasa tu.. heehee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe .. nakal biasa biasa je tuu .. kahkahkah

      Delete
    2. Hehe .. nakal biasa biasa je tuu .. kahkahkah

      Delete
  7. bhahahaha berani gila kot hahaha nasib baik kantoi hahaha

    ReplyDelete
  8. Uhh operasi skodeng ke nih???

    www.hasrulhassan.com

    ReplyDelete
  9. adoyla kim chaa.....nakal masa kecik2 mmg jadi memori lawak bila besar....hahahahhaha

    ReplyDelete
  10. mende ni yang akan kita kenang sampai bila-bila :3

    ReplyDelete

Pecah kaca, pecah gelas, dah baca komen lah, nanti saya balas ^^