Masalah Orang Kidal

Salam Alaikum ^^

Malam ni nak kongsikan masalah orang kidal. Apa masalah orang kidal ? 

1. Peralatan 

Kebanyakan peralatan yang diciptakan adalah sesuai untuk tangan kanan disebabkan peratus orang kanan lagi tinggi dari orang kidal. Contoh peralatan yang susah digunakan untuk orang kidal ialah pisau buah.


2.  Menulis 

Kalau korang perasan orang kidal bila menulis nampak aneh dan tangan dia akan kotor bila menulis tambah tambah kalau pen cair. Tapi masalah ini selalu terjadi kepada anak kecil. Yang dah besar, selalunya jarang nak hadapi masalah ini. Biasalah dah terer kan ~~~ 

3. Meja Kerusi 



Rasanya semua orang kidal bersetuju yang meja kerusi ni bawak masalah dekat diorang. Menyusahkan untuk menulis dan selalunya diorang ni, akan guna dua meja untuk memudahkan urusan diorang menulis. Satu untuk duduk dan satu lagi untuk menulis ^^

4. Lilit tudung & Pin tudung 

Orang kidal cara lilit tudung atau shawl diorang akan berbeza dari orang biasa sebab memang jenis orang kidal buat kerja secara terbalik. Haha 
Diorang ni jugak bila nak pin tudung yang jenis rama rama ke kumbang ke mesti ada masalah. Sebab bagi diorang susah nak pakai. Dan sebab tu orang kidal akan pakai pin tudung yang biasa berbading yang labuh labuh penuh manik mutiara untuk pin tudung bawah dagu. Kalau yang berkaya pakai tuu selalunya dia pin dulu, baru pakai . :D 

Apa lagi masalah orang kidal ? 

Sekian, 
Kim Chaa Si gadis Kidal 




Share this:

ABOUT THE AUTHOR

Kim Chaa

Kim chaa @ KC 23. Student. Part Time Blogger. Any inquiries or collaboration you can contact me by my email at aniesa94ahmad@gmail.com.

    Blogger Comment
    Facebook Comment

8 comments:

  1. adik saya kidal, haha. kalau blogger kidal, boleh tak kesan dengan butang top button dia kat sebelah kiri? hmm

    ReplyDelete
  2. Dlm adik beradik sy seramai 6 org ni saya je yg bertangan kanan. Sy baru faham masalah mrka slps baca pos ni...tq.

    ReplyDelete
  3. hahhah. tapi kidal tu rare :)

    ReplyDelete
  4. kesian jugak kadang2 dengan orang kidal ni....tapi org selalu cakap org kidal ni bijak, smart...tu yg kdg jeles gak ngan org kidal..

    ReplyDelete
  5. abg ipar akk kidal....tp dia unik, selalu rasa org kidal ni unik sgt...sebab abg ipar akk boleh menyapu guna dua2 tangan, kiri boleh, kanan pon ok! :D tp kesian la org kidal ni, byk jugak brg yg mediscriminate depa kann....sian :D

    ReplyDelete

Pecah kaca, pecah gelas, dah baca komen lah, nanti saya balas ^^