Pengalaman Sepanjang Praktikal


Salam Alaikum ^^ 

* Entry ini merupakan sambungan dari MARA Dan Aku *

Skop kerja aku sepanjang praktikal ialah : 

- Layan pelanggan ( pemohon untuk memohon pinjaman pelajaran MARA ).
- Jawab dan buat panggilan berkaitan pinjaman.
- Proses pemohonan pinjaman

Nampak sikit je kerja aku, hakikatnya satu kerja tuu banyak pulak anak pinak dia. 

Bahagian paling aku tak suka masa mula mula praktikal dulu ialah kena call pemohon untuk datang pejabat ambil surat perjanjian sebabnya telefon ada dalam bilik penyelia dan penyelia akan tengok cara aku bercakap. Lepas dah tengok dia mesti akan cakap : 

Lajunyo awak kecek. Nop g mano eh laju gitumo ? Sep dio pehe ko dop awok kecek tu ? 

Pastu penyelia aku akan gelak berjemaah sambil tiru gaya aku cakap telefon. Aku dah laa cermelang gemilang bab gaya bahasa tubuh badan. Tangan aku memang aktif Karam Sigh Walia TV3. Bhahaha 

Dalam ramai ramai yang datang aku paling ingat kisah budak lelaki sebaya aku. Ayah dia meninggal masa umur 8 tahun sebab accident. Mak dia meninggal masa umur 10 tahun sebab demam panas. Dia tinggal dengan datuk dan nenek umur 80 / 90 tahun macam tu laa. Bila aku tengok muka dia je aku sedih sebab aku rasa untungnya aku dapat nikmat ibu ayah sedangkan dia dari kecik dah kena berdikari. 



Kedua aku ingat budak lepasan tahfiz datang nak pohon pinjaman. Dia ni pemalu sampaikan nak bukak mulut tuu, bergetar habis bibir dia. Hahahaha .. Nasib baiklah dia datang dengan kawan kawan yang peramah. 

Ketiga, aku call sorang pemohon ni nak bagitahu kena datang pejabat ambil surat perjanjian, tapi yang jawab telefon ayah dia. 

Aku : Assalamualaikum. Boleh saya bercakap dengan si fulan ? 
Pak cik : waalaikumussalam. Maaf dik, pok cik dok luar ni ? Bakpo eh ? 
Aku : Saya dari Pejabat MARA, nak bagitahu anak pakcik atau waris boleh datang ambil surat perjanjian di pejabat MARA. 
Pak cik : Oh .. takpo nanti pok cik oyak dio. Ingat gewe dio tadi. Hahaha

Kalau saya gewe anak pakcik saya tak call laa pakcik :p

Itu semua kategori baik dan sopan satun. Yang kurang asam pun banyak jugak. Sampai hari ni aku ingat satu nama nih sebabnya dia akan call pejabat tiap tiap hari, dan kalau dia tak call dia akan datang pejabat tanya pinjaman dia dah proses belum. Bukannya kitorang taknak proses pemohonan dia, tapi masalah masa dia datang hantar pemohonan tuu peruntukkan dana dah habis dan tengah pohon dana baru. Kebetulan pulak, masa tuu hujung tahun. Memanglah lambat sebabnya pihak HQ kalau boleh nak bagi tahun depan. 

Pernah kena marah dengan pelanggan sebabnya anak dia tak layak ambil no.pin MRSM, kena marah sebab permohonan lambat proses, kena marah sebab dia cakap kitaoranv tak layan dia, kena marah sebab nama dia ada dalam blacklist MARA dan macam macam lagilah. 


TAMAT. ^^




Share this:

ABOUT THE AUTHOR

Kim Chaa

Kim chaa @ KC 23. Student. Part Time Blogger. Any inquiries or collaboration you can contact me by my email at aniesa94ahmad@gmail.com.

    Blogger Comment
    Facebook Comment

7 comments:

  1. Bertabahlah...ragam manusia yang sukar diramal...tapi daripada situ kita lebih bersabar dan berpengalaman...amin.

    ReplyDelete
  2. sabo je la. tapi mesti best kan.. :D

    ReplyDelete
  3. Sya tnggal satu sem lpas tu li...sama2 kta blogwalking n see me lokmanamirul.blogspot.com...n Add follower FB

    ReplyDelete
  4. waa bestnya banyak kerja.. leyha praktikal byk masa nak mereput je.. hahaha

    ReplyDelete
  5. Ohh MARA bahagian tawaran pinjaman untuk pelajar apa semua tu ehh? Wahhh.

    ReplyDelete

Pecah kaca, pecah gelas, dah baca komen lah, nanti saya balas ^^