Anugerah Juara Lagu 30


Salam Alaikum ^^ 

Anugerah Juara Lagu ke 30 (AJL 30) dah lama dah berlalu dan aku baru nak buat ulasan. Hoho. Almaklumlah, rumah takde TV. T.T

Untuk AJL 30 nih, aku cuma tengok beberapa persembahan je. Antaranya Faizal Tahir, Akim and the Majistret, Stacy dan Altimate, dan Dayang NurFaizah.



Aku memang puas hati dengan persembahan Faizal Tahir. Persembahan yang simple, tak perlukan gimik yang lebih lebih tapi mampu membuatkan orang tersentap dan berfikir tentang nasib orang lain yang kita sering lupakan dan abaikan. 




Paling tersentuh hati masa dekat ending yang budak tuhh cakap dia makan rumput. Serius memang nanges ! Tapi cover cover sebab tengok ulangan video dekat youtube dengan adik .


Untuk persembahan Dayang NurFaizah dia memang layak untuk menang vokal terbaik untuk 2 kali berturut turut. Suara Dayang memang power laa ! Lagipun dayang kuasai pentas seolah olah konsert dia dan dia nampak cool je ! Takde pun macam tengah bertanding untuk dapatkan trophy. 
Cuma makeup dua je, kurang menarik. Aku lebih suka tengok muka sebenar Dayang. Natural beauty orang puteh kata ^^ 


Dulu tak suka Dayang tapi lepas dia jadi mentor Azmir baru minat dia :D 


Dan untuk persembahan Akim and the Majistret aku rasa biasa je ~~ 
Masa mula mula lagu nii keluar aku minat laa jugak sebab bunyi dia sedap, tapi disebabkan aku mencuba untuk hadam apa yang akim cuba sampaikan melalui lagu tuuh, dan aku tak mampu faham sampai ke hari ini, makanya aku pun macam dah tak berminat dengan lagu niih. Sorry untuk peminat Akim and the Majestret. 



Disaat Akim & The Majistret berjaya menawan hati juri, Faizal Tahir mampu mengalirkan air mata orang awam.  Tahniah  untuk Faizal Tahir, Akim & The Majistret dan Dayang NurFaizah. 




Share this:

ABOUT THE AUTHOR

Kim Chaa

Kim chaa @ KC 23. Student. Part Time Blogger. Any inquiries or collaboration you can contact me by my email at aniesa94ahmad@gmail.com.

    Blogger Comment
    Facebook Comment

5 comments:

  1. ouch! takpelah kim chaa...semua video kat atas and artis tu tetap dalam sokongan saya.. lagi-lagi FT! tak pernah berhenti buat surprise since beliau pernah cetuskan kontroversi dulu....but FT tetap terbaik!

    ReplyDelete
  2. akak suka lagu faizal tahir tu... sgt menyentuh perasaan... mesej sgt puitis kpd manusia di bumi ini dgn kerendahan agama kita di mata dunia...

    ReplyDelete
  3. sy lama dah xda tv haha ,,, so x dpat tgok ... tp x apa youtube ada haha

    ReplyDelete
  4. Haaahaaa .. nasib serupa. Bukak je youtube .. :D semua ada ^.~

    ReplyDelete
  5. Aipp. Wardah peminat akim. Lalala. Tapi suara akim mcm xkuar sgt masa tu .

    ReplyDelete

Pecah kaca, pecah gelas, dah baca komen lah, nanti saya balas ^^