Bonus Tabung Haji 2015


Salam Alaikum ^^ 

Tengahari kelmarin telah diumumkan bonus tabung haji bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2015.




Bonus Tahunan bagi tahun 2015 ialah 5% dan jika dibandingkan dengan tahun sebelumnya  6.25 % dan ini menunjukkan untuk tahun 2015 berkurang sebanyak 1.25% .  Manakala, Bonus Haji untuk tahun 2015 telah meningkat sebanyak 1% berbanding tahun sebelumnya (2014) , bonus haji cuma 2%.




Apa yang membezakan Bonus Tahunan dan Bonus Haji ?

Bonus Tahunan dibayar kepada semua penabung yang menyimpan wang di Tabung Haji. Manakala, Bonus Haji diberikan kepada pendeposit yang belum menunaikan haji dan terhad kepada bayaran haji kurang dari RM 9 980.

Cara koraan bonus tabung haji

Contoh cara kiraan Bonus Tahunan dan Bonus Haji :

Wang di dalam Akaun sepanjang tahun 2015 (Jan 2015 - Dis 2015) : RM 500

Bonus tahunan :

RM 500 ÷ 12 ( bulan) X 5 % ( bonus tahunan) = RM 2.08 (untuk Sebulan) / RM 25 (untuk Setahun)

Bonus Haji :

RM 500 ÷ 12 X 3% = RM 1.25 (untuk Sebulan) / RM 15 (untuk Setahun)

Total bonus tahunan dan haji sepanjang tahun RM 40





Share this:

ABOUT THE AUTHOR

Kim Chaa

Kim chaa @ KC 23. Student. Part Time Blogger. Any inquiries or collaboration you can contact me by my email at aniesa94ahmad@gmail.com.

    Blogger Comment
    Facebook Comment

4 comments:

Pecah kaca, pecah gelas, dah baca komen lah, nanti saya balas ^^