Kawan Jadi Lawan. Lawan Jadi Kawan


Salam Alaikum ^^

Pernah tak korang ada kawan tetiba jadi lawan dan lawan korang tetiba jadi kawan ? Aku pernah. Haha. Meh nak story mory sikit. 

Aku kawan dengan sorang kakak nih. Aku kawan dengan dia pun sebab aku satu bilik dengan kawan dia dulu. Yang boleh berkawan sebabnya aku pernah belanja dia makan. Jadi, sebagai tanda terima kasih dia hadiahkan aku satu keychain yang dia buat sendiri. 



Dia buatkan aku keychain katak sebab aku suka katak. Ngeee ... 

Selepas berlaku satu kes salah faham antara roommate aku, makanya hubungan aku dengan kawan kawan aku terjejas dengan kakak tuh sebabnya kakak tuuh backup kawan dia. *of course laah backup kawan dia. Takkan nak backup kitorang yang baru dia kenal kot* 

Jadinya bila selisih masa bak pergi kelas, dia buat tak kenal dan aku pun buat je lah macam tak kenal jugak. Haha 

Dan kes abah aku pulak musuh jadi kawan. Haha . Abah aku ada tak suka dengan sorang pak cik nih sebabnya kambing kambing pak cik tuhh selalu makan pokok abah aku dan aku pernah lempar batu dekat kambing tuuh depan pak cik tuu(sorry kambing ! Otak tak membesar lagi masa niih) *masa nih baru pindah rumah dan semangat menanam masih tinggi.kuang3* 

Satu hari abah aku pergi kedai dan abah aku bayar air kopi dia sekali alang alang nak bayar air abah aku. Lepas beberapa minggu, dia tegur abah aku dan abah aku terkejut tapi belagak cool. Sampai sekarang masih berkawan cumanya abah aku takpernah sebut pasal kambing. Haahahah 

Pesan aku : 

Bila bila masa kawan kau boleh jadi lawan dan lawan kau boleh jadi teman. Jangan sayang melampau dan jangan benci terlajak. Kita tak tahu masa depan. Mungkin kawan akan tikam kita dan musuh yang mengubati kita. Peaceeeee ^^




Share this:

ABOUT THE AUTHOR

Kim Chaa

Kim chaa @ KC 23. Student. Part Time Blogger. Any inquiries or collaboration you can contact me by my email at aniesa94ahmad@gmail.com.

    Blogger Comment
    Facebook Comment

17 comments:

  1. segalanya mugkin dengan kehendak Allah kan...

    ReplyDelete
  2. Hmmmmm..pernah ada pengalaman kawan jadi musuh.. Betul-betul, jangan melebih2.. Aku dulu pernah menganggap seorang kawan ni kawan dunia akhirat tapi musibah jadi dan kami jadi renggang.. Aku rasa sebab duit, dia takut aku minta/pinjam duit dari dia..so, sebelum ape2, baik jauhkan diri dari aku.. Aku rasa jela..haha..

    Musuh jadi kawan tak pernah lagi sebab aku tak suka bermusuh..at least akula rasa aku takde musuh..XP

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha .. hati hati. Mana tau ada musuh dalam selimut :3

      Delete
  3. betul, aina pernah lalui benda yang sama macam ni jugak. manusia yang kita anggap musuh ni rupanya lagi baik kadang2'

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kaaan ~~ sebab tuu jangan terover bemci orang. Chillax sudah ^^

      Delete
  4. Salam betul
    tang buat buat tak kenal tak nampak tu perghhh . memang akak dah rasa sangat !

    suka katak tu rare , macam akak suka gajah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sakit hatii ohhh bila buat tak kenai >.<

      Skrg dah tak rare sebabnya ramai org minat katak T__T

      Delete
  5. Hmm sy ad sorang kwn, mula2 mmg baiklh. Tetiba ad 1 masa dia jauhkn diri . Pelik jgk kn. X tau apa slh sy. Maybe Allah nk tnjkkn, ad kwn sy yg lain britau sbb ape jauhkn diri. Hm alasan x munasbh je rasa. Em

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang tak munasabah tuuu lah penyebabnya .. haha .. move on. Banyak lagi manusia yang kita boleh berkawan. Hoho

      Delete
  6. Tak pernah merasa lagi "kawan jdi lawan, lawan jadi kawan" nii. Sekadar tgk pengalaman kawan2 sekeliling. Haha

    ReplyDelete
  7. sebab tu jugak laa...kak sally sellau ingatkan diri, tak semua org yang kita anggap kawan tu anggap kita ni kawan dia :)

    ReplyDelete
  8. memang zaman belajar selalu hadapi situasi ni...kadang kita tak mintak pun...tapi itulah....susah nak jernihkan balik air yang keruh walau dah guna penapis...
    T^T

    ReplyDelete
  9. friends huh??it do have END in it~~~

    ReplyDelete
  10. dh berapa kali dah terkena mcm ni. skrg dh serik gila nk berkwn ramai. sbb semua mcm tak ikhlas je :(

    ReplyDelete
  11. Dan jangan cerita everything dkt org yg bru kita kenal atau pun org yg kita sgka dia baik sgt. Sederhana aje. ^_^

    ReplyDelete

Pecah kaca, pecah gelas, dah baca komen lah, nanti saya balas ^^