Makan Kenduri



Salam Alaikum ^^

Rasa macam dah lama tak menaip. Actually, semalam 14/2/2016 kawan aku dah selamat jadi isteri orang. 

Kenal dia masa diploma. Dia orang Thailand. Tua setahun dari aku. Dia manusia yang suka cari gaduh dengan aku dan aku pun suka cari gaduh dengan dia. Dia suka tanya "cantik tak aku ? " dan aku akan jawab " tak cantik pun =.=" , dan dia akan bengang dengan aku. Masa satu rumah sewa dengan dia, dia selalu masak bagi kitorang makan dan dia masak sedap. 




Aku sorang jee wakil untuk budak kelas pergi kenduri dia sebabnya kenduri dia dekat Thailand, jadi ramai yang susah nak pergi. 


Masa tengok dia kelmarin, ada rasa happy dan ada rasa sedih. Happy sebab dia kahwin, dan sedih bila dia dah kahwin. Haha . 

Masa nak balik, aku salam peluk dia dan plan aku nak tinggal pesanan segala bagai dekat dia, tapi gagal. Aku salam peluk dia tuuh, terus rasa sedih nak nangis. Suara dah terketar ketar dan dia warning aku jangan nangis, nanti dia nangis sama habis makeup. Hahaha




To my beloved sister, 
Selamat pengantin baru. Aku tahu mung tak baca blog aku sebab mung tak tahu aku ada blog. Muahaha. Aku nak pesan, jadi isteri yang baik ehh. Walaupun awak dah kahwin, saya tetap ada dengan awak. 


A romantic journey begins with marriage. Congratulations on marriage and best wishes always

Share this:

ABOUT THE AUTHOR

Kim Chaa

Kim chaa @ KC 23. Student. Part Time Blogger. Any inquiries or collaboration you can contact me by my email at aniesa94ahmad@gmail.com.

    Blogger Comment
    Facebook Comment

9 comments:

  1. hahahahha...saya satu kenduri kawan kahwin pun xdpt pergi...dan sekarang semua dah ada dua tiga orang anak.... T_T

    ReplyDelete
  2. Ouhh, I know that feeling. Gembira + Sedih bila kawan2 ataupun adik bradik kawin. Apapun, semoga berbahagia hingga ke syurga. <3

    ReplyDelete
  3. Mesti dia masak tomyam sedap kannn? Apapun, congrats kawan KC!

    ReplyDelete
  4. Hahaha yakin je dia taktau kimchaa takde blog ni? Hehe Thailand tuuuu sanggup datang jauh ke sana mesti memang rapat betul kan? Hehe. Tahniah buat your bestfriend! ^_^

    ReplyDelete
  5. Tetibe baca mata macam nak nangis je. Huhu.. xleyh byg bila kwn rpt dah nak kawen nnty. T.T

    ReplyDelete
  6. xdapat bayang kalau bestfren zizie kawin.. entah2 nangis jugak... hehe

    ReplyDelete
  7. salam perkenalan. tahniah kepada sister kim chaa. semoga berbahagia

    ReplyDelete
  8. Tahniah buat pasangan mempelai yang diraikan :)

    ReplyDelete

Pecah kaca, pecah gelas, dah baca komen lah, nanti saya balas ^^