Basikal Saya


Salam Alaikum ^^






Entry kali nih, nak cerita pasal basikal. Saya mula belajar naik basikal masa umur 5 tahun. Mula mula belajar mestilah dengan basikal yang rendah ada 4 tayar. Bila dah pandai sikit buang satu tayar dan bila dah yakin buang lagi satu tayar tinggal dua. 

Perasaan masa dapat naik basikal, bahagianya tak terkata. Rasa hebat. Rasa aku dah besar niih. Lama kelamaan rasa hebat, gah itu hilang dan digantikan dengan rasa aku dah letih kayuh basikal kecil. 

Bila masuk darjah dua baru boleh dapat kayuh basikal sederhana besar. Badan kecil, bila naik basikal kena jinjit kaki ke tanah sebab tak sampai. Bila dah mula mengayuh, baru boleh duduk atas seat, itupun sakit celah kangkang sebab kaki kena straight sebab tempat duduk terlalu tinggi dengan pedal kaki. (Betulke istilah pedal kaki)

Dengan basikal aku menjelah ke seluruh pelusuk kawasan perumahanku, pergi taman sebelah, ronda pusing kampung dan basikal membawa aku ke dunia baru.

Aku pernah jatuh basikal berjamaah. Terjadinya peristiwa itu ketika aku dan rakan rakanku sedang mengadakan tour sekeliling taman perumahan. Aku berada di belakang sekali sambil 'carry' kawan aku di belakang. Entah bagaimana aku gagal mengawal kelajuan basikal dan break tidak berfungsi mengakibatkan aku melanggar basikal di hadapan dan basikal di hadapan melanggar basikal dihadapan. Akibat peristiwa ini, aku mendapat parut di dagu dan kaki. Parut di kakiku masih kekal hingga kini.

Kini, aku tidak lagi berbasikal kerana dunia semakin moden sehinggakan aku melupakan kewujudan basikal. 



- Dah macam karangan sekolah rendah. Hoho






Share this:

ABOUT THE AUTHOR

Kim Chaa

Kim chaa @ KC 23. Student. Part Time Blogger. Any inquiries or collaboration you can contact me by my email at aniesa94ahmad@gmail.com.

    Blogger Comment
    Facebook Comment

6 comments:

  1. salam akak pulak setelah lama tak naik basikal , akak naik balik masa study diploma rempit ke program Bahasa Arab sebab program tu kat kolej paling jauh.

    sekrang pun still naik ! keluar peluh

    ReplyDelete
  2. tapi kalau workout keliling perumahan dgn basikal mmg best ni haha kat sini selalu je tgk budak chinese kayuh basikal malam2,siap ada helmet & alat keselamatan berbasikal lagi. meriah je.diorang buat event berbasikal ramai2. rasa nak try tapi parents tak kasi pulak T_T malam kan hahaha

    ReplyDelete
  3. dah bertahun rasanya tak naik basikal..naik motor saja hahaha

    ReplyDelete
  4. yaya da xde beskal kt uma.skrng lau nk main g tmpt rekreasi.tu pon berbayar..huuuu >,< rindu nak main beskal time sek dulu

    ReplyDelete
  5. samaaa! Saya pula naik basikal then jatuh sebab ada lubang masa turun bukit. Berdarah darah lutut sampai sekarang ada parut lagi dua dua lutut haha

    ReplyDelete
  6. Heeeee.. dulu kecik2 suka men basikal. Hee.

    ReplyDelete

Pecah kaca, pecah gelas, dah baca komen lah, nanti saya balas ^^