Bila Bukan Kerana Yang Satu


Salam Alaikum ^^ 

Sepanjang cuti sekolah baru ni, banyak dapat jemputan kenduri kahwin dan banyaklah isu pasal kenduri Kahwin. 

Sumber : Whatsapp
Sekadar Hiasan



Berlakulah bermacam macam kisah kahwin. 


Kisah 1

Mamat seorang lelaki berusia 40-an telah berkahwin dan mempunyai anak dan isteri. Suatu hari Mamat berurusan dengan seorang janda yang bergaya. Janda ini kerjanya Kontraktor. Disebabkan selalu berurusan dengan Mamat, Mamat berminat untuk berkahwin dengan janda tersebut. Maka berkahwinlah mereka. 


Setelah berbulan bulan berkahwin, Mamat tersedar dia telah ditipu oleh si janda tersebut. Janda tersebut bukanlah Kontraktor yang kaya raya tapi hanyalah seorang Kontraktor yang penuh hutang. Setelah difikir fikir, barulah Mamat mengerti erti perkahwinan. Semasa perkahwinan yang pertama, Mamat berkahwin bukan kerana harta melainkan kerana Allah tetapi untuk perkahwinan yang kedua Mamat berkahwinan kerana harta. Mamat berfikir dengan mengahwini si janda hidupnya akan lebih terjamin di masa depan. Ternyata Mamat silap. 


Akhirnya Mamat menceraikan si janda dan sehingga hari ini Mamat terpaksa membayar hutang si janda kerana Mamat pernah menjadi penjamin untuk si janda. 


Kisah kedua, di entry yang lain (itupun kalau rajin)


Apa yang aku nak sampaikan, apa apa yang kau buat kalau bukan demi yang SATU (Allah) sia sia. Rugi. Yilek. Zero. Takdepape. Kosong. 

Cuba fikir berapa banyak kita buat kerja sia sia ? Aku salah seorang manusia yang dulu buat kerja bukan demi Allah. Aku buat untuk puaskan nafsu aku. Dan sekarang masih ada aku buat kerja demi benda lain tapi aku cuba slow slow untuk pusingkan niat aku hanya kepada yang satu. ^^ 

Manusia takkan pernah sempurna tapi manusia boleh cuba memperbetulkan kesilapan :) 

Cari Tuhan. Bila dah jumpa jangan tinggalkan. Pesan untuk diri. 

Peace yooo 


Note : 

Kisah diatas berdasarkan kisah sebenar dan telah diubahsuai nama agar identiti mangsa tidak didedahkan. 




Share this:

ABOUT THE AUTHOR

Kim Chaa

Kim chaa @ KC 23. Student. Part Time Blogger. Any inquiries or collaboration you can contact me by my email at aniesa94ahmad@gmail.com.

    Blogger Comment
    Facebook Comment

4 comments:

  1. kita datang singgah BW sini
    jemput singgah ke Blog kita gak...

    ReplyDelete
  2. Nauzubillahiminzalik. Jauhkan lah dari keluarga and keturunanku Ya Allah. (!_!)

    Kadang-kadang takut bila dengar cerita macam ni kan? Sanggup tinggalkan isteri pertama untuk kepuasan nafsu, harta semata. Sedangkan dengan isteri pertama lah niat mereka kahwin kerana Allah. Ujian belaka semua tu. Astaghfirullahal'azim.

    ReplyDelete
  3. salam!
    bagi akak susah sekarng ni nak bezakan yang betul betul betul dengan yang berlakon .. takut pulak rasa .. hehe

    ReplyDelete
  4. Salam..kisah yang menarik buat pedoman.

    ReplyDelete

Pecah kaca, pecah gelas, dah baca komen lah, nanti saya balas ^^