Review Buku : Opah Gangnam Style



Salam Alaikum ^^ 




Tajuk : Opah Gangnam Style
Penulis : Zulaihah Karim 
Terbitan : Kopi Press
Tahun Terbitan : Okt 2015
ISBN : 978-967-13523-2-8
Harga : RM 20


Sinopsis Belakang Buku : 

Ini kisah dan coretan opah sebagai anak perantau di negeri abang gangnam. Selama lima tahun opah merantau, sudah tiba masanya opah berkongsi bedtime stories dengan cucu opah. 

Apa yang baik, ambiklah cu. Apa yang buruk mohon flush dalam jamban rumah. Opah bebel tanda opah sayang. Opah tak mintak banyak. Opah cuma mintak korang doakan opah selalu. Ingat opah dalam doamu. 


Review dari aku : 

Buku nih mengisahkan tentang pengalaman pelajar Malaysia yang pernah menuntut di Korea selama lima tahun. Ditulis dalam bahasa yang mudah, santai dan seolah olah tengah membaca diari ^^ 

Bila baca buku nih, kau akan mengalami situasi gembira, sedih dan ada beberapa bahagian akan membuatkan kau terfikir dan malu dengan masalah ummah. 

Dari buku nih kau akan belajar bertapa pentingnya restu mak ayah, dan kau akan sedar yang sebenarnya kau seorang duta.

Aku tahu pasal buku nih pun dari instagram Farah Lee ( isteri Ally Iskandar ) . Mula mula tengok tajuk, aku rasa ntahpape laah tajuk dia, tapi disebabkan Farah Lee yang promote, aku pun masukkan dalam wishlist. 

Masa jumpa buku nih pun, aku masih was was, nak beli ke tak nak dan akhirnya aku ambik jugak. Haha 

Dan untuk korang yang masih was waa nak baca ke tak buku niih, nahh aku tolong snapkan beberapa muka surat. Mana tahu terbuka hati nak beli :D 


Kena ambik alih tugas JAKIM 


Korea Utara & Korea Selatan


Senyuman oppa tentera ^^ 


Bahagian paling best bila penulis tanya pak cik teksi macam mana Korea boleh bangun setelah perang yang menyebabkan semua hancur lebur ? Dan jawapan pak cik tuhh memang perghhhh makan dalam. Nak tahu baca sendiri. Hahahahaha 


Okay, sekian Review Ikhlas dari hati, 

KimChaa





Share this:

ABOUT THE AUTHOR

Kim Chaa

Kim chaa @ KC 23. Student. Part Time Blogger. Any inquiries or collaboration you can contact me by my email at aniesa94ahmad@gmail.com.

    Blogger Comment
    Facebook Comment

9 comments:

  1. salam Kimchaa...
    akak rasa buku ni macam best .. dah banyak kali akak jumpa buku ni.. tapi macam awak la rasa entah pape hahahha.. jadi betul lah

    dont judge a book by it's cover kan

    ReplyDelete
  2. tak boleh jadi ni T_T Kena masuk dalam wishlist jugak -.- melayang lah duit. hahahaha

    ReplyDelete
  3. hahah, tak penag dengar opah gangnam style tau oppa ja...hahah.. tapi mcm best je buku ni

    ReplyDelete
  4. skrg buku2 jns cmni jadi pilihan kan

    ReplyDelete
  5. Macam best.. Suka baca experience orang.. yang tak sukanya nak keluaqkan duit beli buku.. haha

    ReplyDelete
  6. Best.. Best.. Nak menang buku ini..
    Pleaseee.. Pleaseee.. hehehe

    ReplyDelete
  7. Terima kasih Kimchaa. Salam perkenalan dari saya :)

    ReplyDelete

Pecah kaca, pecah gelas, dah baca komen lah, nanti saya balas ^^