Bagaimana untuk menulis ?



Salam Alaikum ^^

Menulis itu memang susah. 
Itu sebab
Menulis itu perlu diasah.


Kebanyakan kita semua, pada awalnya takut untuk menulis. Kita tak yakin yang kita mampu menulis. Siapa cakap menulis itu mudah, ternyata dia memang manusia hebat ! 

Hal yang paling susah bagi aku untuk menulis ialah intro/pengenalan. Kalau korang perasan, aku jarang tulis intro panjang berjela sebabnya aku memang fail kalau bab tulis intro.






Untuk mahir menulis, korang perlu banyak menulis, terus menulis dan tetap menulis. Bila menulis pastikan ada dasar. Contoh, dasar aku menulis adalah untuk melepaskan tekanan dan aku menulis untuk meluahkan apa yang aku rasa. Bila kamu nak orang paham apa yang kamu tulis, tulislah dari hati. Kalau kamu tulis tanpa jiwa, tulisan kamu itu ibarat kata tanpa roh. 


Satu kata kata dari orang ternama : bila kamu pergi mana mana pastikan bawa dua benda. Pertama, pen. Kedua, kertas. Ilham datang bila bila masa. Adakalanya dalam tandas, adakalanya ketika mata mahu terpejam lena dan adakalanya ketika berhimpit himpitan dalam LRT. Dunia sekarang makin canggih. Kalau rasa, bawa pen dan kertas itu leceh, boleh je bawa smartphone dan power bank. 


Selagimana kamu terikat dengan kata "nantilah dulu. Idea belum sampai." selagi itu kamu gagal untuk menulis. Idea takkan sampai bila mana kamu belum mencuba.  


Just do it. Yakin dengan diri. Semua orang ada cara menulis masing masing. Cari diri awak dalam penulisan awak. Kalau ada yang tak suka penulisan awak. Abaikan. Jiwa awak dan dia berlainan. Kelainan itu satu keunikan :) 


Share this:

ABOUT THE AUTHOR

Kim Chaa

Kim chaa @ KC 23. Student. Part Time Blogger. Any inquiries or collaboration you can contact me by my email at aniesa94ahmad@gmail.com.

    Blogger Comment
    Facebook Comment

5 comments:

  1. Berfikir sejenak. Leya pun kurang mahir menulis. Leya tulis entry pun ikut suka. Orang tak suka leya tolak tepi, janji leya luahkan ape yg terbuku. Aiseman. Hhahahhaha

    ReplyDelete
  2. betul tu kim chaa...saya jadi habit kalau ke mana je mesti kena ada note book dan pen dlm beg...even sekarang dah moden pun saya lebih hargai buku dan pen...baru ada feeling... :D

    ReplyDelete
  3. betul tue :) menulis is part of my life

    ReplyDelete
  4. salam , pensyarah akak pun pernah cakap menulis itu payah, jadi kita kena mula menulis walaupun satu ayat sehari.

    :)

    ReplyDelete
  5. Maaf mencelah :D .. Saya setuju dengan statement Cik KC tentang "banyak menulis, terus menulis dan tetap menulis". Itu memang formula terbaik yang saya amalkan sampai hari.. Terbaik perkongsian ni..

    ReplyDelete

Pecah kaca, pecah gelas, dah baca komen lah, nanti saya balas ^^