Cara Aku Belajar Membaca



Salam Alaikum ^^ 





Aku start boleh membaca lambat. Darjah satu baru aku boleh baca, itupun tergagap gagap. Antara sebab aku boleh baca, disebabkan cikgu Bahasa Melayu aku sangat garang. Setiap hari dia akan pilih pelajar untuk pergi ke meja guru dan baca dihadapan beliau sambil pegang rotan. Aku paling takut kalau cikgu panggil nama aku. Balik sekolah aku mesti buka buku teks dan baca. 

Aku selalu pergi rumah jiran aku, main dengan anak dia yang tua dua tahun dari aku. Dia bagi tips dekat aku nak cepat membaca. Dia cakap, banyak tengok drama dan baca subtitles kuat kuat. Nanti lama lama, aku mesti terer baca dan aku tak perlu baca kuat kuat, cuma perlu baca dalam hati. Dan aku pun ikut cakap dia dan drama pertama aku belajar membaca ialah Pangakor Sa Yo (drama Filipina). 

Mula mula tuh, memang susah ! Subtitles laju dari aku. Aku baru nak eja suku kata, subtitles dah tukar. Setiap hari, aku layan drama. Mana mana drama yang ada subtitles Bahasa Melayu semua aku layan kecuali cerita Tamil. Makin lama, aku makin cekap. Sampailah aku berjaya baca dalam hati dan tanpa perlu eja suku kata. Fuhh, bahagianya tak terkata. 




Untuk ibu ibu yang risau anak dia lambat membaca, chillax. Bagi masa untuk anak anak dan banyakkan bagi sokongan moral. Macam umi aku dulu, dia akan tanya ada kerja sekolah tak ? Dan dia akan teman aku buat kerja sekolah dan dia suruh aku baca. Bila aku tengok drama, mula mula dia nak marah, tapi bila dia nampak aku belajar membaca menggunakan subtitles, tak jadi marah. Dan umi aku masih kawal cerita yang aku tengok. Abah pulak, selalu suruh aku baca iklan, banner, signboard jalan raya. Bila aku berjaya membaca, mak ayah aku puji dan semangat untuk aku belajar membaca semakin membara. :) 

Budak bijak, selalunya lambat membaca. Hahaha . * ini rekaan semata-mata. * 







Share this:

ABOUT THE AUTHOR

Kim Chaa

Kim chaa @ KC 23. Student. Part Time Blogger. Any inquiries or collaboration you can contact me by my email at aniesa94ahmad@gmail.com.

    Blogger Comment
    Facebook Comment

7 comments:

  1. Akak dulu masa kecik, emak sediakan buku baca lah sayang..Memang kena baca hari-hari..Huhuhu..Kesian kita..Tapi tak pe, betul kata Kimchaa, lambat baca selalu nya bijak..Hihi..!

    ReplyDelete
  2. Saya klik satu AdSense Google untuk anda... Sebab anda sudah buka Citer lama... :-)

    ReplyDelete
  3. ayat last xbley bla sey....hahahahhahahah

    ReplyDelete
  4. betul...baba dengan mama akak pun latih macam tu...macam akak biasanya baba suruh baca tulisan yang besar besar(tajuk)pada surat khabar..hehehehe..dah ok tukar pada tulisan kecil...lagi satu kalau dapat kad jemputan...baba mama suruh tengok nama..alamat..tarikh...alhamdulillah berkesan..

    ReplyDelete
  5. Haaa betul tu betul. Dulu ingat lagi time kecik ibu ayah suka suruh baca signboards itu ini haha

    ReplyDelete
  6. samalah,cikgu bm sy dulu pun garang gak. kalau sy dulu ambil je mana2 buku lepas tu baca & conteng hahaha lol

    ReplyDelete

Pecah kaca, pecah gelas, dah baca komen lah, nanti saya balas ^^