Kisah Autism



Salam Alaikum ^^ 


Baru nih ada terbaca entry dari Kak Farah mengingatkan aku pasal Rayyan. 



Rayyan sepupu aku dan disahkan autism semasa berumur 2 tahun setengah. Autism ini ialah dimana seorang kanak kanak yang berada dalam dunia sendiri dan mengalami masalah dari segi komunikasi, ganguan deria, tak pandai menunjukkan emosi dan lain-lain. Autism boleh dikesan pada bayi yang berusia 3 tahun kebawah.



Aku mula kenal dengan penyakit Autism masa form 3, itupun disebabkan drama Brilliant Legacy yang mana, adik heroin seorang autism. Dari situ, aku rasa yang budak autism ni special dengan cara yang tersendiri. Sampailah, bila dapat lihat sepupu sendiri seorang autism aku jadi teruja.



Aku ingatkan dia betul betul autism masa dia berlakon Brilliant Legacy. 

Masa Rayyan berumur 2 tahun, dia masih tak boleh bercakap, dan kalau orang panggil dia, dia tak peduli seolah olah dia tak faham apa yang orang cuba sampaikan. Disebabkan itu bapa saudara aku bawa dia pergi jumpa doktor dan doktor sahkan dia autism. Lepas beberapa bulan dia dapat rawatan, aku nampak ada kesan positif dekat dia.

Sebelum nih, Dia tak suka bergaul dengan orang. Bila berkumpul ramai ramai, dia akan menangis dan dia lebih suka main sorang sorang. Mungkin dia rasa insecure bila duduk dengan orang ramai.

Sekarang, dia dah pandai bagitahu apa yang dia nak menggunakan bahasa tubuh. Dia akan tarik tangan aku pergi dapur tunjuk air, bila dia rasa dahaga. Dia tarik aku pergi pintu nak suruh aku buka dan dia dah pandai melawak sekarang.

Setiap minggu dia perlu pergi hospital di bahagian Unit Pertuturan. Baru baru nih, doktor tanya apa perkataan baru yang dia boleh sebut, dan bapa sedara aku cakap 'Whatever' . Kebetulan baru jumpa dia, aku kacau dia sebab aku nak dengar dia sebut whatever, tapi dia tak nak sebut. Dia gelak je. Penat aku kacau dia.

Itulah kisahnya. Sebenarnya budak autism ni, sama je macam budak lain, cuma diorang nih unik dan ada cara tersendiri untuk sampaikan sesuatu. Secara jujur, aku tak suka bila orang cakap autism ni cacat. Bagi aku autism nih satu kelebihan. Kenapa aku cakap kelebihan. Nanti bila rajin aku share, kalau excited nak tahu google je laa dulu.



- Gambar sumber google -






Share this:

ABOUT THE AUTHOR

Kim Chaa

Kim chaa @ KC 23. Student. Part Time Blogger. Any inquiries or collaboration you can contact me by my email at aniesa94ahmad@gmail.com.

    Blogger Comment
    Facebook Comment

6 comments:

  1. salam comel je rayyan :)
    InsyaAllah rawatan berterusan dia akakn jadi more better pasni

    ReplyDelete
  2. Singgah pagi ♥
    akk baru tahu penyakit ni....
    thanks sharing...

    ReplyDelete
  3. Betul ! Rayyan insan sangat unik. Dia bukan cacat. :'( Sedih kalau orang cakap budak kecik ni cacat ker ape kan tapi sebenarnya diorang insan istimewa. Mulut selalu mendahului akal.

    Bila budak jadi Autism, kita sebagai orang sekeliling kena banyak berinteraksi la dengan dia kan. Kena kacau dia sentiasa, bercakap and sentiasa bercakap dengan dia. ☺ Daripada dalam perut kena bercakap dengan mereka biar mereka tidak rasa keseorangan, tidak merasa tak nak bercakap dengan orang.

    And Alhamdulillah Rayyan da tunjukkan perkara-perkara positive. Semoga Rayyan semakin active and perkembangan Rayyan kembali ceria. Aminnnnnnn. ☺♥

    ReplyDelete
    Replies
    1. A'ah. Kalau jmpa dia selalu mengusik dia. Seblum niih dia takut takut, skrg dh ok. Amin amin. Makasih atas doanya kak ^^

      Delete

Pecah kaca, pecah gelas, dah baca komen lah, nanti saya balas ^^