Kurang Ajarkah Dr. Harlina Siraj



Salam Alaikum ^^ 


Sumber Blog Dr. Harlina



Baru baru ni, ada kecoh pasal Dr. Harlina tegur seorang peniaga online tentang hal adab panggilan. Banyak komen yang negetif dan banyak lagi komen positif tentang Dr. Harlina.

Aku kenal Dr Harlina semasa umur aku 11/12 tahun. Aku kenal Dr. disebabkan Dr Harlina seorang kolumnis popular untuk majalah majalah ilmiah keluaran tempatan. Aku suka baca apa yang Dr. Harlina tulis. Pada aku, bahasa beliau sangat santai, lembut dan aku boleh faham apa yang hendak disampaikan. Dan salah satu sebab lagi, birthday Dr. sama dengan aku. Hehe 

Dulu masa kecik kecik tengok Dr. Harlina dalam Tv, aku mesti bahagia sebab beliau sumber inspirasi untuk aku berjaya. Impian aku, aku nak jumpa dia suatu hari nanti. 

Sampailah aku masuk diploma dan ada satu program berkaitan cinta dan panel untuk program tersebut ialah Dr. Farhan (suami Fatimah Syarha) dan Dr. Harlina Siraj. Teruja gileeer bila tengok nama Dr. Harlina dan terus daftarkan diri. 

Bagi aku, Dr. Harlina sangat santun dalam bicara dan seorang yang beradab tinggi sampai aku terasa bertapa biadabnya aku selama ini jika dibandingkan dengan Dr. 

Untuk yang kutuk kutuk Dr. Harlina dan tak mengenali beliau, anda seorang manusia yang rugi kerana tak mengenali insan sesantun Dr. Harlina. 

Untuk yang tak pernah kenal siapa Dr. Harlina Siraj dijemput untuk membaca tentang beliau di SINI






Share this:

ABOUT THE AUTHOR

Kim Chaa

Kim chaa @ KC 23. Student. Part Time Blogger. Any inquiries or collaboration you can contact me by my email at aniesa94ahmad@gmail.com.

    Blogger Comment
    Facebook Comment

6 comments:

  1. Cuma kenal halina isteri sheikh muzafar je... Halina ni x kenal... He he he

    ReplyDelete
  2. Akak baru tahu isu beliau dgn peniaga online ni :)

    ReplyDelete
  3. Dr Harlina ini akan sangat suka mendengar cara beliau bercakap..kerap juga keluar di televisyen..yang buat akak lebih suka dia adalah Dr wanita muslimah solehah yang mementingkan batas aurat wanita muslimah ketika bersalin..selin itu beliau juga menasihati jururawat muslimah agar sentiasa menjaga akhlak..

    ReplyDelete
  4. salam , akak ada la dengar pasal isu ni tapi tak tahu DR Harlina ni adalah gerangan nya .

    ReplyDelete
  5. mmg familiar Dr harlina ni, akk pun suka. tp tak tahu lak psl tegur peniaga online... akak mmg tertinggal keretapi... hahaha

    ReplyDelete
  6. ada baca jugak ramai share screenshot tu. I sokong Dr ni. bukan semua orang selesa gunakan awak saya. untuk urusan lebih professional kena gunakan cik/puan. tapi kebanyakkan orang suka nampak santai and mesra alam so prefer akak/makcik. I benci betul orang tetiba panggil akak -__- tapi tengok keadaan jugak. kalau kat tempat macam pasar ke gerai tepi jalan ke tak boleh expect banyak lah. kalau urusan rasmi, kenalah guna yang sepatutnya. kan?

    ReplyDelete

Pecah kaca, pecah gelas, dah baca komen lah, nanti saya balas ^^