Review Buku : Laki Aku Negro Kau Peduli Apa ?



Salam Alaikum ^^ 




Tajuk : Laki Aku Negro Kau Peduli Apa ? 
Penulis : Dr. Hayya Bilal 
Keluaran : Puteh Press 
Harga : RM 15 SEM / RM 17 SS
ISBN : 978-967-369-325-2


Sinopsis Belakang Buku : 

"Tempat awak sejuk ? Tapi kenapa awak hitam ?" aku bertanya selamba. Si negro ketawa. (Apa punya soalan kurang ajar, agaknya) "kenapa awak tanya?" "yelah, bukankah awak hitam sebab cuaca di negara awak panas ? " hahaha. Si negro ketawa lagi.

"Hahahah. Awak tak belajar geografi ke ?" " hahaha" aku ketawa sebab terasa macam bodoh sangat. "Belajar geografi masa dulu-dulu, tapi dah lupa." jawabku. "Orang kulit gelap, bukan sebab duduk di cuaca panas. Awak ingat kalau kita letak orang melayu di tempat eskimo 100 tahun, mereka akan jadi putih ?" 


Sinopsis & Pandangan Aku : 

Mula mula nampak buku nih, aku rasa macam dah takde tajuk lain ke nak letak ? Betul ke dia kahwin dengan Negro ? Mustahil. Mesti drama. 

Buku ini mengisahkan tentang penulis yang berkahwin dengan Negro dari Afrika yang sering dipandang sinis oleh masyarakat Malaysia. Melalui buku ini juga penulia meluahkan rasa tentang pandangan masyarakat setempat terhadap anaknya yang sering dipandang rendah akibat warna kulit yang berbeza dengan kebanyakan Melayu. Penulis jugak menceritakan pengalaman balik ke kampung suami dan suasana di Afrika yang jarang ditonjolkan di media massa. Di akhir penulisan, penulis memberi beberapa pandangan mengenai Afrika dan Malaysia.

Secara jujurnya, aku salah seorang manusia yang anggap orang kulit hitam, Negro nih jahat. Orang kulit putih, mat salleh ni baik. Orang Negro ni miskin, mati kebuluran dan Mat Salleh ni kaya serta baik budi. Aku berfikiran macam nih, disebabkan dari kecil hingga aku besar aku dimomokkan oleh media massa dengan kisah yang Negro jahat. Sampailah aku membaca buku Dr.Hayya Bilal. Ternyata apa yang aku tanamkan dalam otak, salah. 


Carta Aliran Kahwin 
Prosedur Kahwin orang Asing (jika pasangan seorang muslim)


Jahatnya individu tersebut bukan bergantung dengan warna kulit. Dari buku nih, aku belajar yang orang Afrika lebih sopan santun berbanding Melayu yang sopannya semakin ke laut disebabkan budaya hipters yang entah dari mana asal usulnya. 



Al-Quran talks everything under the sun. About time. Muslims have to appreciate time. Al-Quran talks about reading. Read in the name of Allah. Al-Quran talks about helping the poor, about being modest, about success ... Everything. But muslim are the most slow to understand.

Banyak hal baru yang aku belajar dari buku nih, dan buku nih sangat menarik. Ditulis menggunakan bahasa mudah dan secara santai dan aku mampu menghabiskan buku ni dalam masa beberapa jam. Korang patut baca buku nih, untuk menyedarkan minda korang dari kisah Negro itu jahat. 









Share this:

ABOUT THE AUTHOR

Kim Chaa

Kim chaa @ KC 23. Student. Part Time Blogger. Any inquiries or collaboration you can contact me by my email at aniesa94ahmad@gmail.com.

    Blogger Comment
    Facebook Comment

19 comments:

  1. salam akak try cari buku ni tadi tak ada .. kat kedai buku.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya beli nih dekat pesta pts. Dekat kedai buku pernah nampak dekat SMO rasanya.

      Delete
  2. Hmmm. Tu belum kira lagi Melayu kita yg pandang rendah dekat org Bgladesh dan Indonesia contohnya. Siapa kita untuk memandang org lain lebih rendah dari kita? Sedangkan kita hanya seorang hamba~ Huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes . betul. Kita selalu rasa kita hebat disebabkan warna kulit tanpa kita sedar ada lg yang lagi mulia dr kita :(

      Delete
  3. sama! :') selalu kalau nampak negro lalu je msti rasa takut,tambah dgn muka diorang yg garang semacam. hmmm kdg2 kesian jugak dgn diorang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Disebabkan segelintir yg buat masalah, yang lain jd mangsa.

      Delete
  4. menarik nya! serasa macam nak mencari buku ni...insyaAllah rezeki lebih nak beli...thanks review kim chaa!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama sama. Nanti try laah baca. Best buku niih :D

      Delete
  5. Salam kim chaa

    T.kasih bnyk sudi baca buku saya. Rasa mcm nak nangis bila adik faham mesej buku saya.

    Dr hayya. Instagram hayyabilal

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam..mcm mane sy nk beli buku nie ey..kat mane ade jual..??minat sgt nk bace..

      Delete
    2. Terima kasih Dr. hayya sudi baca review saya :) btw, buku niih sangat terinspirasi. Moga ada buku kedua :)

      Delete
    3. W'salam. Boleh cuba try cari di kedai buku SMO, PTS atau mana mana kedai buku yang menjual buku keluaran puteh press. Haritu saya beli buku nih di Pesta buku PTS di CMART Kedah. :)

      Delete
  6. Salam

    Kalau nak beli mesej kat instagram saya. T.kasih.

    Dr. Hayya

    ReplyDelete
  7. masyarakat kita selalu je pndg rendah org macam ni. walhal mereka tu baik je. x tahulah kenapa. hmmm. semua manusia sama saja di sisi tuhan.

    ReplyDelete
  8. Kupasan yang menarik..
    Warna kulit tak mencerminkan peribadi..

    ReplyDelete
  9. Saya beli buku ni di Popular. Rasa macam nak suruh semua orang Malaysia baca buku ni.

    ReplyDelete
  10. Dah baca dah buku ni!! Sangat best. Bagi saya semua orang ni sama ja yang membezakan kita semua ni adalah cara kita menghormat orang lain 😉

    ReplyDelete
  11. Memang buku ni best.buka minda

    ReplyDelete

Pecah kaca, pecah gelas, dah baca komen lah, nanti saya balas ^^