REVIEW BUKU : Travelog Et : Kembara Afghanistan



Salam Alaikum ^^ 



Tajuk : Kembara Afghanistan
Penulis : Siti Noridah Ab. Rahman
Keluaran : Siti Noridah Ab. Rahman
Harga : RM 25 SEM/RM28 SS
ISBN :978-967-13542-0-9



Sinopsis Belakang Buku :

Buku ini mengisahkan cerita pengembaraan luar biasa Siti Noridah Ab. Rahman yang telah ke negara bergolak Afghanistan secara solo pada musim luruh 2014 yang lalu. Beliau pernah ditangkap dan disoal siasat oleh askar Afghanistan dan dituduh sebagai agen perisik daripada Pakistan. Semangat untuk mengembara ke tempat yang jarang dikunjungi membawa beliau ke sana untuk melihat sendiri realiti kehidupan warga Afghanistan yang telah lama terasing daripada dunia luar selepas era peperangan. Yang biasa kita dengan diberita utama dunia hanyalah tentang bom berani mati, puak Taliban, konflik politik dan peperangan. Tapi ternyata, ada sesuatu yang manis dan indah boleh ditemui di Afghanistan. Semoga kisah beliau menjadi teladan dan juga inspirasi kepada mereka yang ingin menjejakkan kaki di Afghanistan juga suatu hari nanti.


Sinopsis dan Pandangan Aku : 

Mula baca tajuk buku nih aku rasa penulis nih sangat 'gila' kerana beliau seorang wanita dan berani mengambil langkah untuk menjejakkan kaki ke Afghanistan secara solo.

Buku ini dimulakan dari awal perjalanan ke Afghanistan yang penuh liku dan berakhir perjalanan dengan penuh liku. Mula mula baca pun, aku dah nervous sebab penulis menceritakan bagaimana beliau ditahan secara tiba-tiba oleh askar Afghanistan yang beruniform dan bersenjata merampas kamera beliau serta menuduh beliau perisik dari Afghanistan. Disoal siasat dengan pelbagai soalan sehingga dibawa berjumpa dengan pegawai NDS (National Directorate of Security).



Tengok dalam gambar pun dah nampak cantik, inikan pulak depan mata. Biru kehijau hijauan.


Melalui buku ini juga, penulis mendedahkan suasana kehidupan masyarakat Afghanistan yang tidak pernah diketahui dunia luar. Penulis juga membawa sudut pandangan positif Afghanistan yang mana masih mempunyai alam semula jadi yang sungguh indah. 


Polis memberitahu lelaki tadi mengokori saya. Dia sudah perasan ada sesuatu yang tidak kena dengan lelaki tersebut seeaktu saya dan lelaki tadi melepasi kawasan pos kawalan bersama sama, waktu saya dan lelaki tadi belum berpecah.

Antara situasi paling menarik dalam buku ini, ketika mana penulis terpaksa berpatah balik ke Herat kerana tidak dapat memasuki negara Iran dan layanan seorang askar Afghanistan yang mengambil berat tentang keselamatan penulis. Dan sebenarnya banyak lagi situasi yang menarik berbanding situasi tadi. Untuk yang berminat mengetahui keadaan disebalik pergolakan di Afghanistan, kalian boleh membaca buku ini. Buku ini, bawa kalian terbang ke Afghanistan tanpa sedar. 



Share this:

ABOUT THE AUTHOR

Kim Chaa

Kim chaa @ KC 23. Student. Part Time Blogger. Any inquiries or collaboration you can contact me by my email at aniesa94ahmad@gmail.com.

    Blogger Comment
    Facebook Comment

13 comments:

  1. wahh berani betul pegi seorang diri

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan ~~~ Rasa macam tak mampu je nak jadi segagah itu. Hihu

      Delete
  2. Replies
    1. Teruja kan bila ada perempuan seberani itu 😁

      Delete
  3. Cekal...tabah...lillahitaala itu yang membuahkan kejayaan kepada wanita ini..

    ReplyDelete
  4. menarik la buku nie. macam takpercaya sorg perempuan berani pergi kat negara yg bergolak sorang2. respect!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Try laa baca buku nih. Best ! Terinspirasi sgt !

      Delete
  5. pergh! review kim chaa buat kita cuba nak mencari buku ni... buku yg hari tu pun masih belum jumpa cari... huhuhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe .. Try laa cari. Buku niih dah bnyk dkt kedai buku rasanya. Lagipun diterbitkan tahun 2015

      Delete
  6. bestnyaaaa. mesti masuk dalam wishlist jugak ni >.<

    ReplyDelete
    Replies
    1. Beli beli. Jangan tak beli .. Dah beli jangan lupa baca Hehe

      Delete

Pecah kaca, pecah gelas, dah baca komen lah, nanti saya balas ^^