Safiey Ilias Mak Nyah Terpilih


Salam Alaikum ^^ 




Sumber : Mark Zukerberg


Rasanya semua dah tahu tentang Safiey Ilias atau nama sebenar saifuddin Ilias, seorang mak nyah yang membuat keputusan untuk berhijrah pulang ke fitrah kejadian. Subhanallah. 

Mula kenal dengan Safiey Ilias tahun lepas disebabkan bergelar jutawan muda ketika berusia 19 Tahun. Mula tengok dia, terus macam 'wooww, cantik dia niih. Dah laa muda, cantik, berjaya.' Bangga masa tu bila tahu seorang jutawan wanita berjaya. Sampailah suatu hari, aku pelik bila orang komen dan memanggil dengan panggilan tuan dan Safiey Ilias memuat naik gambar memakai jubah dan kopiah. Dan barulah kutahu, beliau sebenarnya seorang lelaki. 

Bagi pandangan aku, beliau insan terpilih. Allah uji dia dengan ujian yang besar dan Alhamdullilah beliau berjaya keluar dari ujian dan moga terus istiqamah. 



Video diatas kisah bagaimana beliau berhijrah. Untuk yang kuota slow meh sambung baca. 

Safiey Ilias @ Saifuddin Ilias dilahirkan pada 19 Mei 1994. Seorang pelajar pintar. Pernah menjadi johan debat untuk peringkat kebangsaan dan mula berniaga ketika berusia 16 Tahun. Ketika itu, beliau melaku dropship dan setiap hari membuat panggilan telifon melalui telefon awam di sekolah untuk menghubungi pelanggan dan pembekal barang. Mula terjebak dalam dunia mak nyah semasa berusia 19 Tahun, akibat dari kata kata masyarakat yang menghina dengan sifatnya yang lembut dan memanggil beliau dengan panggilan pondan dan mak nyah.Beliau mula berubah pada bulan Disember 2015 dan bermula dari solat. 

Bagi aku, beliau berjaya keluar dari dunia mak nyah disebabkan sokongan mak ayah dan adik beradik yang mana tidak pernah buang dia dan menjauhi beliau, malah mendoakan beliau untuk pulang ke pangkal jalan.

Untuk Saifuddin Ilias, saya doakan moga awak terus kuat, terus istiqamah. Moga dengan kejayaan, kekayaan yang awak miliki digunakan untuk islam. ^^ 




Share this:

ABOUT THE AUTHOR

Kim Chaa

Kim chaa @ KC 23. Student. Part Time Blogger. Any inquiries or collaboration you can contact me by my email at aniesa94ahmad@gmail.com.

    Blogger Comment
    Facebook Comment

8 comments:

  1. Salam , akak ternah tahu siapa dia,
    mungkin pernah terbaca pasal dia cuma tak ambil port ,
    tapi lepas dia berhijrah ni, serius kagum sangat dengan hidayah Allah padaNYa,
    semalam tengok dia bercakap dalam Al Hijrah setiap butir bicara yang mengharap pada ilahi ... moga dia istiqamah selalu

    ReplyDelete
  2. seriously, very inspiring story... and He gain my respect. Hidayah itu milik Allah. Berkat sabar dan doa mak ayh.. Alhamdulillah beliau berjaya keluar dari sisi gelap dan kembali pada fitrah. Semoga safiey ilias terus istiqamah . Amin.

    ReplyDelete
  3. Kagum dengan perubahan dia... Malah sekarang dia nak bantu orang lain untuk berjaya seperti dia jugak

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah. moga ALLAH berkati perjalanan hijrah dia. semoga dia terus istiqamah.

    ReplyDelete
  5. tersentuh... tapi memang respect lah kat dia ni... alhamdulillah..

    pstttt.. terima kasih sudi join Segmen Nak URL Blog #23. maaf mia baru sempat nak blogwalking.

    blog ini tersenarai dalam http://www.mialiana.com/2016/04/senarai-url-blog-23.html

    pemenang akan diumumkan pada 26 April 2016

    ReplyDelete
  6. Suka baca dia punya post dekat fb pasal macam mana dia start dari bawah untu success.. Alhamdulillah dia kembali ke pangkal jalan =)

    ReplyDelete
  7. smg dpermudahkan smuanya utk safiey..
    kita bw dari http://www.mialiana.com/2016/04/senarai-url-blog-23.html

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah,,moga Allah melindunginya

    ReplyDelete

Pecah kaca, pecah gelas, dah baca komen lah, nanti saya balas ^^