Bebel - Wishlist Buku



Salam Alaikum ^^ 

Sebenarnya dari semalam lagi asyik tekan new post tapi tak taip taip sebab takde idea, otak kering. =.="  banyak je benda nak cerita tapi tak tahu macam mana nak start. Haha, masalah ~~~ 




There is no friend as loyal as a book 

Untuk bulan Mei ni, tak sempat lagi nak beli buku dan senarai nak beli buku semakin hari semakin bertambah. Duit je tak bertambah tambah, makin kurang adalah. T_T *Ptptn pun takbayarlagi bulan nih.. Huarghhh 

Antara buku yang aku nak beli dan patut beli dan patut baca : 

  1. Seyogia - Fixi. Buku lama dan ramai yang cakap buku nih best. Dah pergi cari tapi tak jumpa. Ada tak yang nak jual pre loved ? Heee
  2. Imaginasi - RAM (Alaf21). Buku baru dan of course wajib beli dan baca sebab aku peminat Ramlee Awang Murshid. Bagaikan Puterilah penyebab aku jatuh chenta dengan novel RAM. 
  3. Cerita dan Cinta - Irine Nadia (Sorok Kitab). Nak beli, baca sebab peminat setia blog Irine dari form 4. Hehe
  4. 100 Thing I learn about Learning - Englishjer (Sorok Kitab). Haritu baca teaster dia dan nampak best. Bahasa pun mudah faham. Sambil sambil bolehlaah asah otak yang dah makin membeku dengan english. Hoho
  5. Vignette - Syud (Jemari Seni). Dah lama tak baca novel chenta dan bila dapat tau Syud ada novel baru, dan semua komen cakap best, makanya wajib beli. Lagipun Syud punya novel setakat harini semua best dan tak mengarut sangat. 
  6. Revolver - Syahmi Hafizuddin (Fixi) haritu jumpa takde bajet, bila dah ada bajet takde pulak stok. Btw, penulis dia sempoi. Mesra rakyat. Haha 
  7. Bahki Lak. Banyak yang cakap cerita dia menarik.
  8. Lelaki terakhir Menangis Di bumi - Musa Nuwayri. Member aku rekomen dan dia cakap best dan sedih. 
Banyaak lagi sebenarnya nak beli. Huarggghhhghh.

 
Untuk yang baru follow blog nih selamat datang ^^ 
Btw, tengah pilih Top Pengomen dekat blog niih. Rasa macam nak bagi hadiah. Rajin rajinlah tinggal komen kalau rasa nak hadiah dari aku si blogger jalanan. ^.~ 






Share this:

ABOUT THE AUTHOR

Kim Chaa

Kim chaa @ KC 23. Student. Part Time Blogger. Any inquiries or collaboration you can contact me by my email at aniesa94ahmad@gmail.com.

    Blogger Comment
    Facebook Comment

11 comments:

  1. Novel RAM mmg power! Sis pun nak beli Imaginasi ni... Nak serbu kinokuniya asik la x smpt. huhu..

    ReplyDelete
  2. Semua buku di atas memang takde simpan lagi. So, kena masuk wishlist jugak! haha :P

    ReplyDelete
  3. apasal semua wishlist novel kim chaa best2 dan serasa maam nak kena masuk dalam bucket list saya pulak...hahahha

    ReplyDelete
  4. sama! hahaha senarai buku yang nak dibeli mmg makin banyak tapi beli je tak tau bila lagi. hahahaha seyogia? belum pernah dgr lagi,nak pergi check jap hahaha

    ReplyDelete
  5. wahhh semua buku macam menarik je n mostly BV takdak lagi. kalau ada plis buat review. hehehhe :D

    ReplyDelete
  6. Wahh.. macam menarik je semua wishlist kimchaa.. kena carik nii

    ReplyDelete
  7. wah banyaknya buku dalam wishlist... aall the best on gettim them all!

    ReplyDelete
  8. Banyak betul bukuuuuuuu. Kak wardah dah banyak je buku tapi tak habis habis baca. Hoho

    ReplyDelete
  9. hmm.. x pernah baca lagi buku-buku kat atas tu. mungkin boleh beli nanti

    ReplyDelete
  10. Dalam yang tersenarai dekat atas tu, akak ada Imaginasi tapi tak baca lagi.. Masih dalam waiting list to read.. hehehe..

    ReplyDelete

Pecah kaca, pecah gelas, dah baca komen lah, nanti saya balas ^^