Kerana Dikau Ramai Kecewa


Salam Alaikum ^^

Tak boleh blah tajuk kali nihh. Hoho . Sebenarnya nak cerita pasal UPU je pun. Meh nak kongsi pengalaman orang yang pernah gagal UPU. haha .. Gelak dekat diri sendiri. 


Peringatan : Entry niih entry luahan hati yang sangat panjang. :)

Masa aku apply UPU untuk kemasukan lepasan SPM aku berjaya dapat UITM tapi aku tolak disebabkan course yang aku dapat aku tak berapa nak minat untuk belajar dan ayah aku tak setuju aku ambik course tu. Frust menonggeng terbalik sebab aku nak tehingin gileeee nak masuk UM tapi tak dapat. Antara sebab utama nak masuk UM sebab aku rasa budak UM niih semua bijak pandai. *mohon budak um bangga diri* Disebabkan takdapat UM aku buat keputsan masuk IPTS. Sedih takpayah cakap. Dah laah hasrat nak pergi luar negara tak tercapai . T____T 

Bila dah dekat setahun lebih, aku mula faham kenapa Allah tak hantar aku pergi UM, kenapa Allah pilih aku untuk ambil diploma di kolej swasta yang mana orang cakap budak kolej swasta niih semua result SPM hancur. Banyak benda sebenarnya aku belajar dekat sini. Aku start belajar kongsi barang yang mana aku paling benci kongsi bilik, aku start belajar sabar, aku belajar benda baru, dan aku jumpa pensyarah yang luar biasa pemikirannya. 

Result aku sepanjang diploma, alhamdulillah ok. Cuma masa sem 5 aku jatuh teruk. Bila dah dekat nak habis, aku buat keputusan nak sambung degree pada tahun yang sama(habis diploma bulan 4, 2015). Aku dah beli no pin, aku dah isi. Cuma tinggal nak hantar dokumen pergi U je. Tiba tiba abah aku minta aku tunda study. Abah aku minta aku balik tolong dia dulu. Tahun depan (2016) baru apply balik UPU. Masa niih memang aku menangis. Sebab aku nak sangat sambung Degree. Aku nak sangat masuk U. Tapi aku tak sanggup nak cakap tidak dengan abah. Aku setuju dengan abah walaupun aku menangis dalam hati. 

Result UPU keluar aku gagal sebab aku tak hantar dokumen. Dan aku tak apply untuk rayuan sebab kalau aku apply pun abah tak bagi pergi dan masa nih family aku tengah serabut dengan banyak hal dan punca utama masalah kewangan. 


Dan tahun nih, aku apply UPU sekali lagi. Tak tahu dapat ke tak. Minggu depan ada IV dekat UKM. 

Untuk yang gagal UPU, jangan putus asa. Rahmat tuhan tak pernah habis. Tak semua yang baik untuk orang lain, baik untuk kita. Tak bermakna kita guna jalan bawah, kita gagal. Dan tak semua orang guna jalan highway dia cepat sampai. Adakala dia accident sebab terlalu gopah, adakala terpaksa patah balik sebab silap masuk simpang. Orang yang guna jalan bawah, banyak cabarannya. Banyak lopak dia lalu dan disebabkan lopak lubang jalan nih laah, dia belajar benda baru. Dia makin matang. Dan yang paling penting dia banyak pengalaman. :) 

Note : 

Catatan nih ditulis untuk menenangkan hati sendiri dan pesanan untuk diri yang rasa dah terlambat nak gapai impian. 





Share this:

ABOUT THE AUTHOR

Kim Chaa

Kim chaa @ KC 23. Student. Part Time Blogger. Any inquiries or collaboration you can contact me by my email at aniesa94ahmad@gmail.com.

    Blogger Comment
    Facebook Comment

10 comments:

  1. :') faham sgt perasaan tu. dulu2 semua kawan dapat tawaran upu,kite je yg tertinggal. malu gak masa nak buat kptusan masuk form 6 hahahaha serious malu tapi skrg tak lagi. inshaallah harap2 lah dapat tawaran upu tahun ni :) all the best kak .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin amin amin .. Moga kita sama sama berjaya ^^

      Delete
  2. mana wujud istilah terlambat untuk menggapai impian kim chaa...never too old to dream...
    jalan yang kita nak dan Dia catur takkan pernah selari..ada hikmah yang kita perlu cari...
    don't be frust okay?
    :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarang dah tak ok cuma tak yakin jee dgn diri. Ngeee

      Delete
    2. yes chaiyookkkk girl..jom brjya brsama2..syg awkk..haha

      Delete
  3. Ada sebab kenapa allah melambat dan mempercepatkan sesuatu...

    ReplyDelete
  4. rezeki ada di mana-mana sahaja..

    ReplyDelete
  5. xde istilah terlambat tau dlm kita nak gapai impian...dont give up..

    ReplyDelete
  6. Biarlah apa yg org kata... yg penting niat awk tu ikhlas semata2 Allah ...
    belajar dimana2 tak kira bidang apa, bersungguh2 lah... :)

    Jemput Join GA Nurrul :) http://youismysoul.blogspot.my/

    ReplyDelete
  7. Salam akak pun ada kisah UPU akak sendiri, dah abis diploma pun akak still terfikir macam mana akak boleh terpilih..

    untuk kimchaa, akak tak ada pengalaman gagal upu tapi disisi akak ramai yang macam awak, :) tapi akak tak nampak kesayangan kesayangan akak ni putus asa,

    so kimcha , yakin yakin lah pada diri, yang paling penting yakin pada takdir Allah )

    ReplyDelete

Pecah kaca, pecah gelas, dah baca komen lah, nanti saya balas ^^