Nak Entry Post Blog yang dapat perhatian pembaca? Try masukkan 4 perkara ni



Salam Alaikum ^^ 

Hari ini aku ada terima penulis jemputan iaitu Hosnee (OS NI) . 

Os Ni nihh selalu kongsikan tips untuk kita menulis dengan mudah. Untuk Os Ni terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk menulis di blog ini :) 
Untuk yang nak berjinak jinak menulis blog, jom baca apa yang Os Ni kongsikan ^^ 






Suatu hari kita tulis entry post untuk blog kita, kita tulis isu biasa-biasa je, siap dan kita publish. Lepas tu kita biarkan sehari, bila malam tu kita tengok traffic, mak aih ramainya baca artikel tu. Siap ada orang komen-komen lagi.. wow rasa teruja.. 

Lepas kita reply komen, kita tulis artikel kedua. Dengan penuh semangat, kita pilih isu yang macam best. Berpeluh-peluh kita tulis. Siap! Semak sikit. Dan… terus kita tekan “publish”. Dalam hati kita waktu nak tidur tu, “mesti orang rasa best dengan isu yang aku pilih”. Kita syok je malam tu. Kita pon tidur..
Esok teruja bangun. Tapi sebab ada kerja, tak sempat nak tengok traffic dan komen. Malamnya baru ada masa. Dengan rasa teruja bukak blog status. Erk.. bila tengok – kenapa pula tak macam semalam. Takda apa-apa komen pon.. Traffic pon sikit.. Apa dah jadi ni..

Ini salah satu kes artikel yang kita post tak dapat perhatian. Sedangkan ada artikel lain dapat perhatian. Sebenarnya ada sebab jadi macam tu. Tapi sebab tu taknak bincang kat sini. 

Apa yang saya nak share kat sini, saya nak share tentang macam mana nak jadikan entry post kita dapat perhatian daripada pembaca kita (saya beranggapan blog anda dah ada visitor dan follower. Kalau takda tu kena cita lain :P). 


Untuk cipta entry post yang mampu tarik perhatian pembaca anda, entry post tu mesti ada 4 perkara ni

  • Entry post ada sasaran pembaca yang jelas

Pengalaman cetek saya dalam menulis, kalau penulisan tu ada target pembaca yang jelas, penulisan tu diminati.  Kerana ia mudah ditujukan kepada sasaran pembaca dan mereka suka jika ada penulisan yang  khusus menceritakan tentang mereka.

Contohnya : Teknik membaca bagi student calon SPM yang suka baca buku atas katil. 
Orang yang ambik spm, mesti akan viralkan entry post ni sebab post ni tentang mereka. Mereka suka kalau post yang bercerita tentang diri mereka. Sama macam artikel gossip tentang artis. Bagi sesiapa yang suka artis tu, mesti akan viralkan artikel tu sesama mereka. Sebab artis tu buah hati mereka. 

  • Entry post yang membantu dan memudahkan sasaran pembaca 

Anda ada kemahiran tertentu? Kemahiran tu boleh tolong orang lain? Tulis post tentang tu. Buat tutorial yang jelas. Orang sekarang suka baca artikel step by step. Contohnya “step by step hasilkan ebook”. 
Tapi.. pastikan anda ikut dua syarat ni :

  1. Tutorial tu ada sasaran pembaca yang jelas. (Huraian sama point 1)
  2. Tutorial tu bukan tipu-tipu.. Tujuan saya fokuskan “kemahiran anda” supaya bila orang tanya di bahagian komen, anda boleh jawab dengan hebat sekali sampai dia terpukau. Hehe. Faedahnya, kalau dia nak upah anda, anda dah dapat job. hehe 


  • Ada ayat headline yang “menggoda” sasaran pembaca

Kalau diorang tengok headline tu, diorang rasa nak baca. Susah nak tulis headline yang macam tu, tapi ada teknik dia. Ada tiga jenis headline yang mampu menggoda sasaran pembaca  :

Meletakkan janji dan harapan. Contohnya : Buat …. dan anda dapat ……
Selesaikan masalah. Contohnya : Anda kuat marah? Buat 3 teknik ni
Fokus kepada kandungan entry. Contohnya : Seronoknya kehidupan sebagai penulis

  • Ada gambar

Gambar unsur wajib dalam entry post. Jangan tinggalkan. Ciri-ciri gambar mesti gambar yang menarik. Tapi berkaitan dengan entry post kita. Kalau lain headline, lain gambar, nanti orang anggap kita buta seni. Hehe..


Kalau ada 4 perkara ni sebelum dan ketika anda menulis, insya Allah, entry post anda akan berpeluang menarik perhatian pembaca. Mudah kan? 
Anda ada teknik lain? Boleh kongsikan?

---------------------
Dihasillkan oleh Muhammad Hosnee, daripada blog www.tulisjedulu.wordpress.com.



Note :

Korang ada nak kongsikan apa apa di blog niih ? Boleh email kepada aku di  : 

kimchaa09@gmail.com 







Share this:

ABOUT THE AUTHOR

Kim Chaa

Kim chaa @ KC 23. Student. Part Time Blogger. Any inquiries or collaboration you can contact me by my email at aniesa94ahmad@gmail.com.

    Blogger Comment
    Facebook Comment

9 comments:

  1. Thanks for the tips ^_^ Sangat membantu.

    ReplyDelete
  2. Thanks for the tips ^_^ Sangat membantu.

    ReplyDelete
  3. Terima kasih. Lepas ni boleh la saya cuba perbaiki penulisan saya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama2.. Kalau ada apa-apa yang boleh saya bantu, saya sedia bantu. Sekarang sedang guide 3 orang kawan-kawan yang nak buka blog dan tulis ebook :D

      Delete
  4. TQ untuk tips ini. sblum ni pun selalu terjadi mslh macam yg tlh ditulis atas tu :)

    ReplyDelete
  5. Harap dapat dimanfaatkan semua tips ni :D

    ReplyDelete

Pecah kaca, pecah gelas, dah baca komen lah, nanti saya balas ^^