Review Buku : Lelaki Terakhir Menangis Di Bumi


Salam Alaikum ^^ 




Tajuk : Lelaki Terakhir Menangis Di Bumi
Penulis : Musa Nuwayri
Keluaran : Dubook Press
Harga : RM 25
ISBN : 978-967-0723-47-1


Sinopsis Buku : 

Akhirnya, malam itu wajah sebenar mereka terdedah. Van kami dirampas menggunakan kunci pendua manakala kami diugut untuk ditembak menggunakan pistol di kepala andai tidak membayar RM 54 000 untuk mendapatkan semula van yang kami sendiri beli dan RM 20 000 untuk membayar sewa bangunan sekolah selama 3 bulan selewat-lewatnya esok. 

Demi Allah kami tidak akan tunduk pada kebatilan. Tiada wang barang sesen lagi yang akan kami korbankan. Perjuangan tetap akan diteruskan kerana kami berjuang bukan untuk dunia yang ini ! 
Satu sahaja yang kami pinta. Andai kami mati di dalam perjuangan ini, doakan kami mati di dalam perjuangan meninggikan kemanusian.

Ameen.

-Bab : Perjuangan Pasti Diuji


Sinopsis & Pandangan Aku : 

Dah banyak kali jumpa buku nih di kedai buku, tapi tak pernah rasa nak beli disebabkan tajuknya yang agak cliche. Sampailah kawan aku tanya dah pernah baca belum buku nih ? Aku jawab belum dan dia cakap wajib baca sebab buku niih mampu membuatkan dia menangis. Dan bermula dari situ, aku rasa buku nih menarik sebab kawan aku antara manusia yang sentiasa happy dan sedikit pelik bagi aku bila dia menangis disebabkan buku. 


Buku ini dimulakan dengan kisah bagaimana seorang Musa Nuwayri membesar seperti mana anak muda lain. Bermula misi kemanusian, apabila Musa menyambung pengajiannya ke Jordan dan tersentuh hati dengan kehidupan rakyat Syria yang lari ke Jordan untuk mendapatkan perlindungan tapi malangnya ditindas oleh undang undang.


Beliau anak muda yang ketika itu berusia 19 Tahun, terinspirasi untuk menubuhkan Tangisan Syria Di Bumi Jordan (TSDBJ) untuk membantu pelarian Syria atas dasar kemanusian. 


Banyak kisah menarik diceritakan dan mampu membuatkan aku menangis dan mampu membuatkan aku terfikir ' Apa yang aku lakukan untuk islam ? ' 


Antara kisah yang diceritakan bagaimana TSDBJ ditubuhkan, bekerjasama dengan Arab dan diugut bunuh, anak kecil terpaksa mencari nafkah untuk menyara kehidupan keluarga, anak kecil yang bersemangat mencari ilmu dan banyak lagi kisah yang mampu menyentuh hati kecil.


Antara bahagian paling aku suka bahagian di mana penulis bertanya kepada anak kecil 

Penulis : Kamu akan pulang ke Syria semula suatu hari nanti ?
Anak Kecil 1 : Ya. Aku akan pulang andai Allah membenarkan.
Anak Kecil 2 : Kami pasti pulang selepas Basyar mati dibunuh !
Anak Kecil 3 :  Tak. Aku tak nak balik ke Syria. Aku nak ke Malaysia.


Kalau korang nak tahu kenapa anak kecil tersebut nak ke Malaysia, korang perlu baca buku nih. Tak rugi baca buku niih sebab buku nih menyedarkan kita bertapa kita ini manusia yang tak ambil peduli tentang kemanusian yang hilang dalam diri kita dan kita membiarkan umat islam kita tertindas dibantu dengan relanya oleh Kristian. 



Share this:

ABOUT THE AUTHOR

Kim Chaa

Kim chaa @ KC 23. Student. Part Time Blogger. Any inquiries or collaboration you can contact me by my email at aniesa94ahmad@gmail.com.

    Blogger Comment
    Facebook Comment

7 comments:

  1. salam , kak baru darft kan pasal buku ni semalam bila baca asal macam aku tulis je , hahah , nanti akak publish versi akak baca tau kekeke :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam .. Hahah .. Ok kak , kita tengok versi akak pulak nnt ^^

      Delete
    2. W'salam .. Hahah .. Ok kak , kita tengok versi akak pulak nnt ^^

      Delete
  2. wahh dek. baca sinopsis pun dah rasa berat. lama dah tak menjebakkan diri dalam dunia pembacaan ni . kalau dulu suka buka ala ala teenagers gitu. atau bab bab penyiasatan yang tak terlalu berat of course. kalau jiwang sangat pun boleh muntah -_-

    ReplyDelete
  3. Haritu grab dua buku baru, lepas bayar trtengok buku ni. menangis dalam hati sebab dah tak cukup duit. Hukhuk.
    Baca review ni, bertambah2 hasrat nak beli!! :)

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum, macam mana sy nak beli buku ini?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dekat bookstore ada. Dekat mph, popular, smo, kinokuya. Kalau susah boleh je beli online dekat dubook :)

      Delete

Pecah kaca, pecah gelas, dah baca komen lah, nanti saya balas ^^