Review Filem Hindustan : FAN

 

Salam Alaikum ^^ 





Baru baru nih aku sempat layan filem Fan lakonan Shah Rukh Khan. Bagi aku cerita nih ok lah, tapi bagi adik aku cerita nih sangatlah tak menarik dan membosankan.

Filem Fans ini menceritakan tentang seorang peminat, Graudav Chandna yang sangat meminati Aryan Channa. Graudav mengelarkan dirinya Aryan Channa Junior. Mereka mempunyai muka yang mirip dan Graudav mampu meniru tarian Aryan Channa. Graudav sanggup menaiki keretapi api tanpa tiket ke Mumbai, menginap di hotel dan bilik 205 yang pernah didiami oleh Aryan Channa dan tujuannya ke Mumbai adalah untuk berjumpa dengan Aryan Channa. 

Bila Graudav sampai di hadapan rumah Aryan, dia tak dapat masuk kerana kawalan yang ketat. Aryan Channa mengalami masalah dengan artis baru dan si Graudav nih mengambil tindakan menghukum artis tersebut. Hal ini diketahui oleh Aryan Channa dan beliau melaporkan ke polis. Maka si Graudav nih ditahan oleh polis. Bila Aryan datang bertemu dengan Graudav, dia sangatlah gembira dan meminta Aryan meluangkan masa untuknya 5 minit, tapi Aryan tidak bersetuju. 

Graudav berdendam dengan Aryan dan mula mengambil tindakan untuk menjatuhkan Aryan artis pujaannya. 

Kesimpulan cerita nih, bila minat artis berpada padalah. Janganlah obses. Artis tuuh pun manusia. Ada masa dia sombong, ada masa dia sedih, ada masa dia gembira. Aku boleh bagi 2.5 markah dari 5 markah. Cerita nih bagi aku serius sangat. Takde langsung babak lawak.


Share this:

ABOUT THE AUTHOR

Kim Chaa

Kim chaa @ KC 23. Student. Part Time Blogger. Any inquiries or collaboration you can contact me by my email at aniesa94ahmad@gmail.com.

    Blogger Comment
    Facebook Comment

3 comments:

  1. salam .. uh , akak jarang sangat tengok cerita hindustan ni hhehe. kalau yang macam ada masej tertentu akak tengok.

    ReplyDelete
  2. Amboi macam tu sekali dia punya minat kat artis tu ea..

    ReplyDelete
  3. Cte hindustan yang serius kadang2 boleh buat kite xde mood. Hah ha

    ReplyDelete

Pecah kaca, pecah gelas, dah baca komen lah, nanti saya balas ^^