Segmen Zaman Sekolah : Aku Suka Hang


Salam Alaikum ^^






Dua tiga hari lepas numigx ada tag aku untuk segmen kenangan zaman sekolah dan baru hari ini aku ada mood nak imbau kenangan. 


Kenangan yang aku nak cerita berlaku semasa form 5, dimana nama aku dipasangkan dengan nama sorang budak laki dalam kelas. Aku tak tahu macam mana gosip nih boleh timbul. Tetiba je, cakap aku dengan budak laki tuh. Aku dengan Alam (bukan nama sebenar) bercakap pun tak pernah sama sekali, tetiba dapat gosip. Ada sorang budak laki kelas aku namanya Mamat (bukan nama sebenar) selalu cari pasal dengan aku. Bila dia nampak muka aku, dia panggil nama Alam, bila nampak Alam dia panggil nama aku. Kadang jumpa dekat kantin pun, dia menjerit panggil Alam, sedangkan Alam berdiri sebelah dia je pun. =.="


Aku memang bengang gila dan aku tak tahu macam mana nak stopkan si Mamat nih senyapkan mulut dia dari matchingkan aku dengan si Alam. Tetiba kawan aku bagi idea bernas. Dan aku rasa dengan cara tu, mampu tutup mulut si Mamat nih. 


Lepas kelas tambahan add math, semua budak laki sibuk kemas barang nak balik. Budak perempuan semua sibuk siapakan latihan add math takut balik rumah, terlupa jalan kira. Tetiba : 

Mamat : baguihnya Alam (merujuk kepada aku). Rajin buat latihan Add math. *pastu apantah lagi dia membebel, aku tak ingat*

Alam yang sebenar tengah kemas beg, siap sedia nak balik.

Orang yang tengah buat add math selalunya otak dia stress. Bila stress dia nak mengamuk. Dan si Mamat tuu pulak, mulut tak reti senyap. Masa ni lah aku guna cara yang kawan aku ajar. 
Aku letak pensil, angkat kepala, tengok Mamat yang tengah galak bergelak dan aku cakap dekat dia : 

"Aku tak suka Alam. Aku suka hang."

Terus keadaan jadi frozen. Diam. Krik krik krik. Budak laki yang nak langkah pintu belakang nak keluar balik, terbehenti, pusing belakang tanya aku "hang cakap apa tadi ?" 


Si Mamat tuuh punya malu sampai telinga merah, lari sembunyi belakang sorang budak laki terus blah balik senyap senyap.


Esok pagi, monitor aku tanya, aku buat apa dekat Mamat semalam. Aku jawab takde buat apa apa pun. Aku memang lupa gila apa yang aku cakap dekat Mamat. Tetiba kawan sebelah aku gelak, dia bisik balik apa yang aku cakap semalam. Terus aku gelak. Aku tanya monitor kenapa. Monitor cakap : "menyesal semalam tak mai kelas add math, kalau tak boleh tengok. Haha. Hang tau dak dia takut nak masuk kelas sebab hang." 


Bila aku dengar je ayat tuh, aku bahagia gila. Aku rasa aku dah berjaya tutup mulut Mamat dan sepanjang minggu tuu, Mamat  tak mengata aku, tak kacau aku dan semua orang bebas dari diganggu oleh Mamat. 


Minggu depannya, Mamat kembali pada asal. =.="

Sesiapa yang ada kenangan zaman sekolah, join laa segmen niih ^^ 




Share this:

ABOUT THE AUTHOR

Kim Chaa

Kim chaa @ KC 23. Student. Part Time Blogger. Any inquiries or collaboration you can contact me by my email at aniesa94ahmad@gmail.com.

    Blogger Comment
    Facebook Comment

14 comments:

  1. Hehe...mesti dia terkedu...nasib tak demam seminggu..

    ReplyDelete
  2. good luck tau...
    Insya Allah nanti kita join gak

    ReplyDelete
  3. bhahahaha cewahh malu lah tuuu hahaha comfirm mamat tu balik rumah dok fkir pasal akak je hahahaha lawak haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha .. Memandai jee buat andaian

      Delete
  4. Replies
    1. Nanti try laa cara niih kalau org kacau. Hahaha ...

      Delete
  5. Hahaha. Sekali ter-frozen terus mamat

    ReplyDelete
  6. haha...padu kimcha bagi si mamat tu....

    ReplyDelete
  7. Hahahahaha... ni lawak. Memang padu bak ang. Terus keras si mamat tu ye. =D

    ReplyDelete
  8. pergh!!! confirm mamat tu gila bayang dengan kim chaa....tu yg kaku seminggu...pastu bajet wat lek wat kool...rasa macam dia ada hati ngan kim chaa ni...tapi malu, tu yg usik tu...hahahahhahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaaha. . ini bukan kisah novel drama pukul 7 πŸ˜†

      Delete
  9. Hahahah mamat tu terkedu lepas tu mesty tak keruan je kannn hahahahhaa

    ReplyDelete
  10. Lawak lah, seriously taktik tu memang taktik genius la! Tak pernah terpikir nak buat macam tu, sebab masa sekolah dulu pun saya kena bahan dengan sorang mamat ni. situasi kita sebijik.

    ReplyDelete

Pecah kaca, pecah gelas, dah baca komen lah, nanti saya balas ^^