Don't Judge a Book by its Cover


Salam Alaikum ^^ 




"Satu keputusan menghancurkan berkeping keping hati dan mematikan satu impian.

Ada satu hal yang terjadi dalam hidup (baca: family) yang mana aku sendiri tak tahu nak cerita macam mana. Bagi orang lain, mungkin rasa masalah ini masalah kecil tapi bagi aku ini masalah harapan dan impian.

Keputusan yang kau buat itu, mematikan sebuah minat dan menghempaskan sebuah cita cita demi ummah. 

Pesan aku untuk kalian yang membaca, menilai manusia itu perlu, tapi ada batasan yang perlu kau jaga. Dengan nilaian kau yang memegang kuasa untuk merealisasikan impian insan lain, sememangnya mampu memberi kebahagian dan mampu membuatkan insan itu berkubur semangat diri. 

Untuk kamu yang tengah patah hati (khusus buat adik yang selalu gaduh dan selalu baik dengan aku) kudoakan moga Allah bagi jalan lain untuk kau gapai impian. Jangan putus minat dan jangan putus asa walaupun berkali kali kamu gagal. 

Abaikan penilaian manusia yang tak pernah mengenali kamu. 

Doa ! Doa ! Doa ! 

Allah kan ada :) 

Allah bagi ujian ini untuk kamu sebab dia tahu kamu kuat. Dan mungkin suatu hari nanti kamu akan jadi manusia paling hebat dan semua manusia mengagumi kamu. Buktikan kepada manusia yang hancurkan impian kamu, kamu bukan manusia biasa dan dia manusia yang tak layak nak judge orang ! 

Note :

Aku tahu blog bukan bahasa code, tapi aku tak tahu nak cerita macam mana untuk entry kali niiih sebab mata dah turun hujan. 


Share this:

ABOUT THE AUTHOR

Kim Chaa

Kim chaa @ KC 23. Student. Part Time Blogger. Any inquiries or collaboration you can contact me by my email at aniesa94ahmad@gmail.com.

    Blogger Comment
    Facebook Comment

8 comments:

  1. Entri ni tepat pula pada masanya, masa saya tengah patah hati :(

    ReplyDelete
  2. Mata dah turun ujan? Nah! Payung...
    * jangan cakap wa ah kak x payung... He he he

    ReplyDelete
  3. moga Allah jinakkan hati kita di bulan ramdahan ni

    ReplyDelete
  4. Tabah ye dear.. Allah sentiasa ada. =)

    ReplyDelete
  5. salam akak suka ayat kat atas
    Satu keputusan menghancurkan berkeping keping hati dan mematikan satu impian."

    moga Allah permudah semuanya Aamiin

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum,
    Sy faham Kak~ sy sgat bercita2 tinggi. Sy sgat suka study, bagi sy menuntut ilmu itu membuatkan sy sentiasa dahaga.

    Tp org selalu pertikaikan impian sy. Tp mujurlah juga sy anak yg degil dan tetap dgn pendirian. Mungkin impian sy belum tercapai. Insya'Allah sy akan melangkah terus mengejar impian utk mencapai redha.

    Keepwriting and I love your writing KC :)

    ReplyDelete
  7. Moga semua dipermudahkan untuk awak :)

    ReplyDelete

Pecah kaca, pecah gelas, dah baca komen lah, nanti saya balas ^^