Isteriku Lelaki


Salam Alaikum ^^ 


Tadi sebelum berbuka puasa sempatlah aku terbaca status Sheikh Faisol , antara ustaz femes dekat Kedah dan ustaz niih ada dalam slot 'Orang Muda' di radio Kedah.fm. Penyampaian Sheikh Faisol sangat senang dan bagi aku sesuai dengan anak muda sekarang.

Kisahnya yang aku baca tadi, ustaz ada tanya soalan yang berbunyi :

Ali berkahwin dengan Halimah. Semasa hendak mengadakan hubungan seks, Ali terperanjat kerana mendapati Halimah mempunyai zakar sepertinya juga. Walau bagaimanapun setelah dirujuk kepada Tuan Kadi, maka Tuan Kadi menghukum perkahwinan mereka adalah sah mengikut hukum syarak. Kenapakah perkahwinan Ali dan Halimah dihukum sah?
Sesiapa yang hendak menjawab dipersilakan.


Aku tanya abah aku, dan abah cakap

"tatau. Tak boleh nak pikiaq. Abah lapaq."

Dan tadi, tengok Sheikh Faisol tulis jawapan di bahagian komen bagi soalan tadi. 

1. Halimah seorang khunsa yg cenderung menjadi perempuan. Ali boleh menyetubuhinya kerana Halimah mempunyai faraj
2. Ali boleh menceraikan atau memohon fasakh kerana tidak diberitahu keadaan Halimah sebelum berkahwin. Dia juga boleh memilih untuk meneruskan perkahwinan kerana Halimah berfungsi sebagai perempuan.
3. Jika Ali diberitahu terlebih dahulu keadaan Halimah sebelum berkahwin dan dia meneruskan juga perkahwinan, maka dia tidak boleh memohon fasakh.

Untuk yang berkahwin dan mendapati isteri mempunyai zakar, boleh ikut apa yang diberitahu oleh Sheikh Faisol.

Islam itu agama yang mudah. Setiap masalah ada jalan keluar ^^

Share this:

ABOUT THE AUTHOR

Kim Chaa

Kim chaa @ KC 23. Student. Part Time Blogger. Any inquiries or collaboration you can contact me by my email at aniesa94ahmad@gmail.com.

    Blogger Comment
    Facebook Comment

7 comments:

  1. perkongsian yang baik....tapi mungkin tak banyak kes seperti ini

    ReplyDelete
  2. Penerangan yang ringkas. Tq sharing :)

    ReplyDelete
  3. such a unique case.. nice sharing! :)

    ReplyDelete
  4. salam , betul islam tu mudah , kadang kita yang susah susahkan

    ReplyDelete
  5. oh pernah dengar pasal Khunsa ni. kejadian Allah kan :)

    ReplyDelete
  6. perkongsian yang menarik.. Dulu dekat Astro Oasis ada citer Kanun.. Dia ada kupas pasal perkahwinan lelaki dan lelaki (Dia operate utk jadi perempuan.. Yang ni bukan khunsa) Rahsia bocor bila si suami pelik isteri tak mengandung2.. Pergh!! Ngeri..

    ReplyDelete

Pecah kaca, pecah gelas, dah baca komen lah, nanti saya balas ^^