Mengurut



Salam Alaikum ^^ 

Dua tiga hari lepas, aku balik Terengganu sebab sepupu aku kahwin. Sebelum balik Terengganu, kitorang singgah Kelantan, tidur sana sehari, pastu baru bertolak balik Terengganu. 

Sampai Terengganu dah dekat Maghrib. Malam tuu, lepas isyak adik bongsu aku cakap lengguh kaki. Dia minta aku urut. 

Kebetulan Mak long Yah aku nampak. Dia cakap macam best. Urut laa kaki dia juga. Aku cakap dekat Mak Long Yah aku, kalau urut, makin sakit tak tanggung. Hoho

Sumber Google
Niih gambar tapak kaki dan setiap tempat tuuh ada fungsi. Kalau tekan dekat tempat tuuh rasa sakit, maknanya awak ada masalah dekat situ. Contoh kalau tekan dekat jari kedua sebelah ibu jari tuuh, awak rasa sakit, itu bermakna mata awak ada masalah. Selalu selalulah tekan dekat situ, nanti lama lama insyaAllah kurang rasa sakit :)

Aku pun urut tapak kaki dia. Aku kalau urut, memang suka urut tapak kaki je. Rasa kebahagian bila urut tapak kaki orang. :D  

Aku tak berani nak urut kuat kuat sebab tahun lepas Mak Long Yah pernah jatuh bilik air dan tak boleh berjalan dekat 6 bulan. Nak buat apa semua kena orang tolong. Aku takut urut kuat kuat nanti salah urat, tak boleh berjalan pula Mak Long Yah Aku. 

Esok pagi tuu, Mak long Yah aku cerita dekat semua orang, aku pandai mengurut. Lepas aku mengurut kaki dia rasa ringan. Dan malam tuu, bermulalah sesi mengurut mak mertua ayah su aku dan che su aku. Sepupu aku yang pernah jatuh motor pun, minta aku urut. Fuhh, penat ! 

Aku bukannya pandai urut pun, cuma aku suka tengok orang mengurut. ^^ 








Share this:

ABOUT THE AUTHOR

Kim Chaa

Kim chaa @ KC 23. Student. Part Time Blogger. Any inquiries or collaboration you can contact me by my email at aniesa94ahmad@gmail.com.

    Blogger Comment
    Facebook Comment

12 comments:

  1. salam wah wah.. satu kelebihan .. akak pulak sealu terseliuh .. tak pandai jalan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama ! Selalu jalan sampai terseliuh. Kalah org pakai high heels. Orang yg pakai high heels tak pernah pun terseliuh mcm kita ><

      Delete
  2. Pernah buat rawatan refleksologi. Memang best!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bestnyaaa ! KC selalu bg rawatan refleksologi dkt org, tapi xpernah buat kat diri sendiri, takut. Hoho

      Delete
  3. saya pergi jumpa doktor homeopathy setiap bulan. dia check guna alat macam pen tu. letak kat tapak tangan. macam gambar kaki tu. kat situ dia dapat tahu saya ada sakit apa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah lama tak guna ubat homeopathy.

      Delete
  4. wahhh bagus nie. menantu pilihan. hhahahaha :D
    boleh tlg urut kaki BV jugak? XD

    ReplyDelete
    Replies
    1. Menantu pilihan siapakah ? Kohkohkoh ...

      Boleh nak urut, meh pos kaki tuuh :p

      Delete
    2. Menantu pilihan siapakah ? Kohkohkoh ...

      Boleh nak urut, meh pos kaki tuuh :p

      Delete
  5. Hehe! Siqah geli kalau urut kaki. Ayah siqah pernah mengurut kaki. Kalau balik kampung, mulalah bukak booth urut kaki. Hii. Bagus awak tahu cara mengurut. Boleh praktikkan selalu :)

    ReplyDelete
  6. mengurut nie penat.. kikikiki.. Tapi kalau kena urut memang syok..

    ReplyDelete
  7. wah pandai mengurut rupanya..nak minta tlg urut tapak kaki gak boleh

    ReplyDelete

Pecah kaca, pecah gelas, dah baca komen lah, nanti saya balas ^^