Terlupa Kata Puasa


Salam Alaikum ^^ 

Pernah tak korang puasa, tapi korang lupa yang korang puasa ? Kes terlupa kata puasa niih berlaku dekat aku dua kali. Kali pertama masa darjah 6 dan kali kedua masa tingkatan lima.

Kes pertama

Aku dengan Lily (kawan sekelas aku) puasa dan Lily cakap dengan aku, petang nanti masa orang pergi makan petang kita duduk sekali ehh. Dan aku pun cakap ok. Dan petang tuuh, aku rasa lapar gileee dan aku pergi kantin macam biasa. Harituh mak cik kantin bagi makan biskut mayat tuhh je dengan air sirap. Tapi, dia punya rasa masyaallah sedap nak mati. Aku makan biskut mayat tuuh dekat 7 keping air tiga gelas. Kenyang =D 

Dah siap makan, aku pergi nak ambik wudhu, Lily tengok aku pelik sebab dia nampak aku datang dari kantin dan dia tanya aku : 

Lily : hampa puasa dak hari ni ? 
Aku : kami puasa laa. Awat ? 
Lily : habih tuuh, hampa p kantin buat apa ? 
Aku : kami makan. * dan selepas beberapa saat aku menjerit sambil lari lintang pukang. =.="

Kes kedua : 

Aku puasa ganti masa niih. Balik sekolah petang tuuh aku bagitahu abah aku yang aku puasa dan abah aku tanya nak makan apa. Aku cakap beli kuih. Abah aku berhenti beli kuih. Dah dekat nak sampai rumah, abah aku berhenti kedai runcit, aku pesan nak ais krim Wall's yang pelangi tuhh. Abah aku beli dan aku makan dalam kereta. 

Sampai rumah, ais krim tinggal suku lagi, tetiba abah tengok aku pelik. Dan abah tanya : 

"Hang posa dak hari nihhh ? " 

Dan aku terkaku beberapa saat, pastu menjerit sambil bukak pintu kereta pergi cari paip air kumur mulut. 

Share this:

ABOUT THE AUTHOR

Kim Chaa

Kim chaa @ KC 23. Student. Part Time Blogger. Any inquiries or collaboration you can contact me by my email at aniesa94ahmad@gmail.com.

    Blogger Comment
    Facebook Comment

9 comments:

  1. Hahahhahahah XD

    Lawak betul, hahaha. Bila dah beso panjang nih tak pernah pulak terlupa. Kecik-kecik dulu bukan lupa, memang tak puasa :p

    ReplyDelete
  2. oh, kdg2 kita lupa. hehe. tapi, seingat saya, sy tak pernah lupa kalau saya puasa. tapi, dulu ada kawan sekelas saya dia kata dia puasa pagi tu masa datang sekolah. beberapa puluh minit lepas tu, saya makan coklat dan saya bagi jugak kat dia. dia pun makan. sy pun tak ingat dia puasa. haha. dah habis satu coklat dah dia makan. lepas dah habis telan tu, dia baru teringat, dia puasa! hahahah.

    ReplyDelete
  3. hahahahha...selalu berlaku masa sekolah gak...kdg tgh bllur2 tu termakan gula2 lah sebab terbiasa makan kalau ngantuk..bila sedar...menggelabah kau...hanya Tuhan yang tahu...
    aish..memori betullah...

    ReplyDelete
  4. hahaha pernah terjadi gak sekali. masa tu dok berdiri belakang rumah lpas tu nampak buah dah masak kat atas pokok trus ambil kopek,sambil2 kopek tu baru teringat haritu puasa hahaha nasib baik blum masuk dlm mulut T_T

    ReplyDelete
  5. setakat ni tak pernah. hehehehe. kekadang tu ada juga la nak merasa makanan, tapi terus teringat yang kita puasa. hehehe.

    ReplyDelete
  6. Dulu Reen pun Kadang-kadang lupa.. Hehe tapi paling best ble dh masuk perut baru teringat puasa. Kalau masih kat mulut, kena buang balik.. ;p

    ReplyDelete
  7. Hahaha. Saya dgn kawan tadi jalan nakpi exam, pastu tgk blakang kawan2 lain takde kat blakang.
    "Eh, mana yang lain?"
    "Ntah, pi ambik air kot."
    "Oooo"

    Senyap.

    "Eh, puasalaaaaa!"

    Hahaha. Saja nak share jgak! :P

    ReplyDelete
  8. Ini selalu terjadi bila ganti puasa... Kikiki...

    ReplyDelete

Pecah kaca, pecah gelas, dah baca komen lah, nanti saya balas ^^