PERLUKAH BERTERIMA KASIH ?


Salam Alaikum ^^

Terima kasih kepada awak awak yang masih singgah melawat blog niih dan meninggalkan sepatah dua kata di bahagian komen dan tag board di sebelah :)

Sekarang niih jarang singgah blog blog awak semua. Kadang tuu singgah tapi tak tinggal komen. Nanti nanti aku cari satu masa untuk singgah buat lawatan sambil tinggal sepatah dua kata buat semangat untuk korang ^^

Sumber : GOOGLE

Sebenarnya aku nak buka topik pasal ucap Terima kasih. Perlu ke ucap terima kasih ?

Bagi aku, setiap manusia perlukan penghargaan dan salah satunya melalui ucapan terima kasih. Banyak manusia yang aku jumpa, yang disekeliling aku dan manusia melalui penglihatan aku jarang mengucapkan terima kasih. Terima kasih tu memang nampak macam takde apa apa, tapi sebenarnya terima kasih tuu memainkan peranan yang mampu membuatkan emosi kearah positif dan memberi semangat.

Pernah satu hari, mak saudara aku ucap terima kasih dekat aku sebab jagakan mak mertua dia merangkap nenek aku.

Nenek aku niih takde sakit teruk, cumanya nenek aku tak boleh nak berjalan. Jadi kena urus dia pun sikit sikit je. Pastikan makan ubat, bagi makan waktu yang betul dan cukup makan, tolong pakaikan kain telekung masa nak sembayang, urut sikit sikit dan yang lain semua nenek aku boleh uruskan. Kecualilah bila dia demam atau terlewat bagi makan atau terlalu banyak makan ubat, masa tuu memang tahap teruk sebabnya nenek tak boleh bangun dan nak kena tolong bagi mandi dan cuci najis segala. 

Bila mak saudara aku yang sorang niih ucap terima kasih dekat aku sambil peluk aku, perasaan dia tuuh aku tak tahu nak gambarkan macam mana. Yang aku ingat, masa tu memang aku dah caci maki segala bagai dalam hati sebab bengang dengan anak anak nenek aku yang semuanya tahu bagi arahan arahan tapi takde tindakan. Tiba tiba pulak mak saudara aku peluk ucap terima kasih. Terus hilang rasa marah. Dan masa tuu baru tersedar dan ingat abah cakap " hang tolong jaga tok dengan ikhlas, nanti Allah mudahkan urusan hang." 

Dan selepas peristiwa mak saudara aku ucap terima kasih tuu, aku makin terbuka hati dan malas nak ambik kisah dengan diorang diorang yang tahu mengarah tapi taktahu nak buat apa.

Untuk manusia yang susah ucapkan terima kasih, ubahlah sikap anda. Bila orang tolong kita, walaupun sekecil kecil perkerjaan, ucapkan terima kasih sebabnya dengan terima kasih orang akan rasa yang dia dihargai. Manusia ini sifatnya lembut dan manusia ini suka bila orang menghargainya :)


Share this:

ABOUT THE AUTHOR

Kim Chaa

Kim chaa @ KC 23. Student. Part Time Blogger. Any inquiries or collaboration you can contact me by my email at aniesa94ahmad@gmail.com.

    Blogger Comment
    Facebook Comment

7 comments:

  1. Yes yes, I like when people thank me, so I have to thank people as well. hehe.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih tandanya bersyukur...

    ReplyDelete
  3. satu terima kasih sudah cukup uat kita tersenyum senang :)
    maka ianya sangat perlu...

    ReplyDelete

  4. Beberapa kelebihan furaiha
    I agree with you, but some cases still need improvement for knowing better result. Anyway, keep your good work and two thumbs up for you. I talk honestly, for anyone who wants to keep your faceskill flawless, clean, n white may be FURAIHA SKINCARE could help you to solve it here we go. Best Product of Furaiha Skincare Organic 2016 of Social Media

    ReplyDelete
  5. Terima kasih akan membuatkan pihak yang lagi satu rasa tenang dan dihargai. Tanda kita bersyukur apa adanya juga 😊

    ReplyDelete
  6. Bagi akak berterima kasih tu memang perlu. Tanda kita hargai orang tu. Ucapan terima kasih walaupun simple tapi boleh ceriakan hari orang lain :)

    ReplyDelete

Pecah kaca, pecah gelas, dah baca komen lah, nanti saya balas ^^