REVIEW BUKU : Cerita & Cinta Irine Nadia

Salam Alaikum ^^


Tajuk : Cerita & Cinta
Penulis : Irine Nadia 
Penerbit : Sorok Kitab
ISBN : 978-967-13114-3-1
Harga : RM 25 


Sinopsis Belakang Buku :

Sebelum ini aku kecil, kemudian aku belajar melangkah. Sebelum ini aku menangis, tapi sedunya mematangkan tindakan, sebelum ini aku bertanya, sekarang aku mengerti maksud dan jawapan.

Buku ini merupakan nukilan dan coretan Irine Nadia tentang perjalanan hidupnya yang tidak pernah diduga. Beliau berkongsi pengalaman pahit manis, suka duka dan liku-liku kehidupan yang dilalui dalam mengejar dan mengapai cita-citanya bersama keluarga.

Penulisannya di blog yang bermula dari alam persekolahan sehingga ke alam rumah tangga menyimpan sejuta cerita dan rasa cinta. Jatuh dan bagunnya dalam merialisasikan impian untuk bergelar isteri, ibu, dan juga usahawan berjaya dicoretkan agar dapat dijadikan panduan untuk pembaca merancang tindakan atau hanya sebagai cerita hiburan pada waktu lapang. 


Sinopsis dan Pandangan Aku :

Buku pertama Irine Nadia ini dicetak pada Mei 2016 dan dilancarkan semasa Pesta Buku Antarabangsa di MAEPS baru-baru ni. Dan baru masuk kebanyakan bookstore (Popular, MPH, Kinokuya) tengah bulan 6 baru nih dan baru empat lima hari lepas aku berjaya beli buku ni di kedai ILuvNovel, Jitra. 

Dalam buku nih penulisan Irine sedikit berbeza dari blog, yang mana lebih formal tapi masih santai :)

Buku ini dimulakan dengan pengenalan siapakah Irene Nadia, bagaimana dia mula berniaga dan diceritakan tentang bagaimana kisah cintanya bermula sehingga berkahwin sambil belajar dan menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri, ibu, usahawan dan pelajar dalam satu masa. 

Part paling menarik dalam buku ini bila Irine bagi jawapan untuk soalan : 

"Macam mana nak tahu kalau kita betul-betul dah bersedia nak kahwin ? "

"Perasaan kita yang dah betul betul bersedia nak kahwin akan datang dengan sendirinya dengan izin Allah. Dia yang akan gerakan hati kita dan seterusnya membuatkan kita yakin dengan keputusan tanpa sebarang perasaan ragu-ragu."

Dari buku ni juga dapat mengambarkan yang Irine seorang yang keras kepala dan berpendirian dalam menentukan masa depan serta berdikari walaupun anak bongsu. Buktinya bagaimana Irine menguruskan majlis perkahwinan beliau dengan menggunakan wang sendiri, menukar pusat pengajian dari awam ke swasta dengan menyara diri sendiri, dan memulakan perniagaan online semasa berumur 15 tahun. 


Sayang, ni ayah ni ..

Istimewanya buku ini, di bahagian akhir buku yang memuatkan tulisan si suami, Amirul atau lebih dikenali sebagai Vel Oliver . Dicerita pengalaman Hasya Tasnim yang berjuang untuk hidup dan baca bahagian niih membuatkan aku menangis. Sedihh T__T 

Buku nih saiz kecik, lebih kurang saiz A5, berwarna warni, cumanya buku ini sedikit berat sebab guna kertas putih dan buku niih takde isi kandungan. Buku ni aku sarankan untuk blogger blogger Malaysia baca, adik adik yang rasa susahnya study niih, orang orang yang berhasrat kahwin muda, dan untuk semua yang rajin membaca. ^^ 

Fuuhh .. panjang aku review ~~ 

Share this:

ABOUT THE AUTHOR

Kim Chaa

Kim chaa @ KC 23. Student. Part Time Blogger. Any inquiries or collaboration you can contact me by my email at aniesa94ahmad@gmail.com.

    Blogger Comment
    Facebook Comment

10 comments:

  1. Sis Irine!! 15 tahun dah start mniaga? Respect!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan . Kita umur 15 minta duit mak ayah lg .. huhu

      Delete
  2. emmmmm best best.. follow here #308
    follow back and keep in touch :)

    ReplyDelete
  3. Saw this book dekat Popular tapi tak sempat nak beli.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti belilah , buat bacaan masa lapang. Hooho

      Delete
  4. ni yang tak suka ni. smua buku yg kita dok letak dalam wishlist smua kak kimchaa dah dibaca T_T hahaha tunggu nak beli je xD

    ReplyDelete
  5. blm ada kesempatan nak baca.. mmg wajib baca ni.! Btw, umo 15 tahun irine da start meniaga.. mmg respect. =)

    ReplyDelete
  6. senarai pemenang dah keluar tau.. mari kita tengok siapa yang kenaaaa =)

    http://sitiyangmenaip.blogspot.my/2016/07/pemenang-pemenang-daehan-minguk.html

    ReplyDelete
  7. 15 tahun dah start berniaga. Bagusnya dia. Respect! Tak ingat siqah masa umur 15 tahun buat apa. Hee

    ReplyDelete

Pecah kaca, pecah gelas, dah baca komen lah, nanti saya balas ^^