Tips Persediaan Sebelum Masuk Kolej / Universiti


Salam Alaikum ^^ 


Sekarang niih kan musim orang nak masuk belajar bagi lepasan STPM/STAM/DIPLOMA untuk kemasukan ke ijazah. Jadinya aku nak ucapkan tahniah untuk kalian yang dapat sambung belajar dan aku nak sediakan beberapa tips untuk kalian. 

1. Kursus yang ditawarkan dan kos pembiayaan 

Mula mula sekali, kau kena tengok kursus yang kau dapat. Kau mampu ke tidak untuk belajar dan kau minat ke tidak kos yang kau dapt tuuh. Aku galakkan korang semak subject yang bakal korang belajar. Takdelah terkejut sangat nanti, bila dah masuk kelas. Paling kurang nanti kau dah ada persediaan jiwa dan mental. 

Lepas dah check kursus yang dapat, jangan lupa check segala yuran kemasukan, yuran per-semester, yuran asrama/kolej, kos sara diri. Semua niih penting, sebabnya melibatkan duit. Sebab kau kena ingat, zaman sekarang segala-galanya memerlukan duit. Jangan nanti bila dah masuk belajar, baru kau sedar yang kursus yang kau pilih tuu perlukan duit yang banyak. Masa tuu, kau akan hilang fokus nak belajar sebab fikirkan duit. 

2. Dokumen 

Pastikan kau terima tawaran dan kau cetak segala jenis dokumen yang perlu kau cetak. Selalunya masa hari kau nak daftar dokumen yang diorang nak tengok ialah : 

  • Surat tawaran
  • I/C pemohon
  • I/C ibubapa / penjaga
  • Slip SPM
  • Slip STPM / STAM / Transkrip Diploma
  • Slip gaji ibubapa / Surat pengesahan pendapatan 
  • Medical Check-up
  • Dan lain lain yang berkaitan 
Semua dokumen yang korang minta pastikan ada cop pengesahan dari mana mana pegawai A atau Pengetua atau Guru Besar. Dan aku nak ingatkan korang Ketua kampung atau JKKK atau Penghulu atau Imam diorang boleh cop untuk surat pengesahan pendapatan atau slip gaji je. Yang lain lebih baik ambil cop pegawai A atau guru besar atau pengetua.

3. Medical Check up

Ada kolej / universiti yang korang boleh buat medical check up di sana tapi untuk kemudahan korang lebih baik buat siap siap medical check up sebelum masuk belajar. Harga untuk medical check up selalunya bawah RM 100. 

4. Penaja

Cari siap siap siapa yang nak tanggung kau masa belajar nanti. Sama ada kau nak apply PTPTN, MARA, Biasiswa negeri, Pinjaman Yayasan Bank Rakyat atau kau nak mak ayah kau tanggung. 

5. Peralatan Hidup

Sediakan siap siap barang kelengkapan kau untuk belajar (pen, kertas, buku catatan) dan barang kelengkapan diri (barang madian, bantal, cadar, dan pakaian untuk kelas, riadah, tidur)

6. Fail & Buku Catatan Sepanjang Belajar 

Aku sarankan untuk korang sediakan fail untuk korang simpan segala jenis sijil,dokumen, resit pembayaran yuran dan segala mak nenek. Mana tahu, tetiba sistem kolej / universiti kau down. Paling kurang kau ada backup. 

Sediakan juga, satu buku plan untuk kau catat apa yang kau nak buat sepanjang kau belajar. Dalam buku tu, kau catatlah jadual kelas, jadual hidup kau, wang masuk, wang belanja, apa kerja yang kau nak kena buat, dan apa apa je lah yang kau rasa nak catat. Nak buat list, berapa orang kekasih kau sepanjang belajar pun boleh jugak :p 

Itulah sedikit sebanyak tips untuk korang yang masuk belajar. Btw, doakan aku rajin belajar. Dah setahun berhenti belajar dan sekarang nak sambung balik. Rasa takut pulak.

Nanti dah siap daftar, habis orientasi aku bagitahu korang korang semua aku belajar mana, kos apa, berapa tahun :) itupun kalau korang nak tahu . Ahaaks ..


Share this:

ABOUT THE AUTHOR

Kim Chaa

Kim chaa @ KC 23. Student. Part Time Blogger. Any inquiries or collaboration you can contact me by my email at aniesa94ahmad@gmail.com.

    Blogger Comment
    Facebook Comment

4 comments:

  1. Jalan-jalan ke blog ini....jumpa artikel ini dan baca..hihihi teringat 15 tahun yang lalu...ini lah yang KDO duk kalut...gud luck adik-adik yang sedang sibuk dengan upu tu

    ReplyDelete

Pecah kaca, pecah gelas, dah baca komen lah, nanti saya balas ^^