Doa - Meminta dan Memohon


Salam Alaikum ^^ 


Sumber : google 


Doa. Apa yang korang faham dengan doa ? Apa yang adanya dengan doa ? Doa dari sudut pandang aku, satu keadaan yang mana kau minta sesuatu dengan tuhan. Doa satu cara kau komunikasi dengan tuhan. Doa penghubung kau dengan tuhan. 

Bila namanya komunikasi., seharusnya dan sewajibnyalah kau kena faham apa yang kau cakap dan apa yang kau cuba nak sampaikan, kan  ~~?  Bila kau cakap dengan manusia, dia cakap bahasa sepanyol dan kau cakap melayu, dia tak paham kau, dan kau tak paham dia. Atau pun kau boleh paham apa yang dia cakap, tapi kau tak tahu macam mana nak cakap dalam bahasa tu balik. Maka, tujuan kau komunikasi dengan dia tak sampai. Dan ini dinamakan komunikasi tidak berkesan. 

Tapi, selalunya kita kita semua faham dan selalu amalkan, bila nak doa kena dalam Bahasa Arab, kalau tak, doa kau tak makbul sebab kau tak cakap arab dan tuhan tuu, cuma makbulkan doa bila kau cakap arab. Bila doa dalam bahasa lain, itu bukan doa. 

Bahasa yang wujud dalam dunia niih, semua dari ilmu tuhan. Kau doalah dalam bahasa apapun, tuhan kau akan faham. Doa kau tak makbul bukan sebab tuhan tak faham doa kau, tapi sebab kau sendiri doa main main. 

Aku pernah dengar ceramah sorang ustaz niih, dia cakap kadang bila kita doa dalam arab, kita tak faham apa yang kita doa dan kadang kita nak minta lain, tapi lain pulak yang dipohon. Sebabnya, bahasa arab niih, bila kau baca salah baris, salah sebut makanya akan jadi maksud lain. 

Dan ustaz tuuh bagilah satu contoh, doa yang selalu orang baca dan ada je yang salah baca dan doanya yang maksudnya "ya Allah ya tuhanku, jauhkan kami dari api neraka. " Adik aku, bila dia dengar dia gelak. Dia siap cakap, ada ke orang boleh salah baca doa niih. Dan Allah nak tunjuk dekat dia. Suatu hari dia pergi sembahyang asar dekat masjid dan imam tuuh baca doa tuuh dalam bahasa arab dan imam tuuh baca " ya Allah kami dari neraka " *nauzubillah *

Kesimpulannya disini, Doa tuu permohonan. Doa tuuh kau bercakap dengan tuhan. Tuhan faham semua bahasa. Kau doalah dalam bahasa apa pun, janji kau boleh faham apa yang kau minta, apa yang kau sedang cakap dengan tuhan. Kalau kau sendiri tak faham doakan kau, kau tak hayati doa kau, macam mana tuhan nak makbulkan doa kau ? 



Share this:

ABOUT THE AUTHOR

Kim Chaa

Kim chaa @ KC 23. Student. Part Time Blogger. Any inquiries or collaboration you can contact me by my email at aniesa94ahmad@gmail.com.

    Blogger Comment
    Facebook Comment

5 comments:

  1. doa adalah penghubung kita dengan DIA maha kuasa.

    ReplyDelete
  2. Allah maha mendengar..jgn putus doa

    ReplyDelete
  3. salam akak suka entry ni! ..
    buat apa nak malu doa dalam bahasa M kan .. janji kita tahu kita minta apa

    ReplyDelete

Pecah kaca, pecah gelas, dah baca komen lah, nanti saya balas ^^