Makanan Sedap


Salam Alaikum ^^ 

Memalam niih boleh pulak aku pergi google gambar makanan akhirnya menangis tak berlagu atas katil sambil telan air liur.



Nasi dagang Terengganu sedap. Dulu suka makan nasi dagang mak aku masak sampaikan bosan tengok nasi dagang. Sekarang, dah susah nak makan nasi dagang lepas mak aku meninggal. Itulah, dulu tak nak belajar masak dagang dengan mak. Asyik lari pergi main je. Nak makan, kena balik Terengganu baru jumpa nasi dagang sedap hasil air tangan Mok Long Yah dengan Chik





Ini pulak pasembur penang. Ya tuhaaan, sodaap nak mati pasemboq. Tambah pulak kalau dapat pasemboq yang kuah kacang dia sedaaaap. Ada banyak sengkuang. Memang makan bersungguh sungguh. Tengah taip niih pun, berkali kali telan air liur . Haha





Yang niih pulak, nasi kak wok. Nasi kak wok niih gabungan nasi putih dengan ayam goreng yang dipotong kecil dan disirami dengan kuah gulai ayam yang cair ditambah pulak dengan sambal lada beserta timun. Perrghhh .. sedap. Kalau korang nak try nasi kak wok sedap, boleh pergi ke kedai makan dekat jalan nak pergi Tesco Kota Bharu. Dia ada dekat dekat dengan cabang 4 nak pergi Tesco KB, KB Mall, Pasir Pekan. Area kawasan situ. Nama kedai tak ingat. Kedai yang depan pejabat MARA Negeri Kelantan pun sedap jugak.




Dan yang terakhir nasi kerabu ayam percik kelantan. Makan niih confirm menjilat jilat jari. 
Kalau makan dengan daging bakar pun sedaap jugak. Nasi kerabu dekat kelantan, banyak je tempat sedap. Dekat KL je, tak berapa sedap. Harga mahal pulak tuuh. Hoho .


Untuk yang minat makan, korang wajib pergi Kelantan dan Terengganu untuk cuba makanan diorang. Pergghhh .. memang sedaaap. 




Notes : 

1. Bila aku cakap kedah takde makanan warisan, orang marah aku. Hahaha . Apa makanan warisan kedah ? 
2. Aku orang Kedah campuran . Haha 
3. Makanan Kelantan Terengganu memang sedap. Adakah anda setuju ? Tak bersetuju pun takpe, citasa lain lain . Wkwkwk


Share this:

ABOUT THE AUTHOR

Kim Chaa

Kim chaa @ KC 23. Student. Part Time Blogger. Any inquiries or collaboration you can contact me by my email at aniesa94ahmad@gmail.com.

    Blogger Comment
    Facebook Comment

8 comments:

  1. Adehh perut ku tengah lapooo ni... Kejam sungguh kam0 mendera perut ku ini.. Haahahaha..

    ReplyDelete
  2. fuh ni yg menegok pgi2 pun bergetar perut.. takpe2 nasib dh pg sat g leh g cari bfast.. haha..

    ReplyDelete
  3. Salam kim chaa , akak tgk gambar gamabr ni semalam kat ig awak, pergh ....
    Makanan Kelantan Terengganu memang sedap. setujulah sebab kita orang ganu, nanti dtg ganu beli kepok lekor rebus , makan time panas panas pergh! sedap bohhhh! XD

    ReplyDelete
  4. ya Allah sedapnyeeee, lapar pulak tengah2 malam ni TT^TT

    ReplyDelete
  5. sedapnya.. mmg sedap klau dpt ni bila time nasi panas

    ReplyDelete
  6. Nasi kak wok sedap! Dulu masa di Kelantan, beli jugak nasi ni. Simple je tapi sedaplah. Hee

    ReplyDelete

Pecah kaca, pecah gelas, dah baca komen lah, nanti saya balas ^^