Minggu Orientasi : Universiti Malaya


Salam Alaikum ...



Pada 28 Ogos 2016 yang lalu aku daftar masuk Universiti Malaya dan untuk melayakan aku sebagai student secara rasmi di UM aku perlu ikut minggu orientasi atau dipanggil Minggu Haluan Siswa (MHS).

Memula sampai sini, aku perlu daftarkan diri di kolej yang telah ditetapkan dan aku ditetapkan di kolej kediaman ketiga atau lebih dikenali sebagai Kolej Tuanku Kurshiah. 

Dah siap daftar, dapat bilik kitorang dikumpulkan dan dibahagikan ke dalam satu kumpulan. Bermulalah sesi ice breaking sesama ahli group. Dalam group aku, akulah yang paling 'muda' hahaha .. diorang semua lepasan stpm, matrik, stam dan aku sorang je lepasan diploma. 

Aku tak bagi diorang niih panggil kakak. Kahkah . Memula diorang tak tahu pun yang aku 'muda' sampai sesi kena bagitahu umur baru kantoi. Nasib baiklah bebudak niih sporting. Diorang layan aku macam rakan sebaya dan yang paling best tak panggil aku kakak. Hahah .. Aku tak bagi diorang panggil kakak sebabnya, perangai aku ntahpape. Tak melambangkan aku niih kakak kakak. Hoho



Masa MHS niih ada macam macam aktiviti. Kitorang belajar buat sorak semangat, belajar cheers, ada sukan (bola jaring, bola baling, basketball, macam macam lagilah) ada nyanyian, debat, koir, debat dan flash mob.

Masa MHS jugak kitorang dapat taklimat mengenai universiti. Ada taklimat berkaitan akademik, kewangan, program program yang ada disini dan banyak lagilah. 

Sepanjang seminggu disini, makan cukup. Sedap berbanding kem atau orientasi tempat lain.  Kalau korang nak tambah makanan pun boleh. Diorang siap tolong ambik makanan dan bawa dekat meja kita, kalau nak tambah. Layanan diorang sangatlah baik. Untuk kolej aku lah. Ada kolej yang kena ragging, tapi kolej aku cool. Diorang layan seperti orang dewasa. Takde denda denda yamg merepek ntahpape. Pukul 12.30 malam dah boleh balik tidur. Hari terakhir je pukul 4 pagi baru boleh balik bilik.

Bila orang tanya best tak orientasi ?  Jawapan aku. Best sangat ! Haha . Meh nak bagi tips untuk korang yang nak kena orietasi atau nak kena pergi kem sekolah. Caranya korang set kan minda korang yang program yang korang nak join niih sangat best dan sepanjang program tuuh korang positifkan minda. Kalau kena marah, anggap itu nasihat. Kalau kena tengking anggap je diorang nak bagi orang belakang dengar suara diorang. Bila minda korang positif, semua akan jadi best. Buktinya, aku dah try. Sebelum niih semua aku rasa program macam niih bosan sebab aku negetifkan minda aku dari mula. 



Yang paling sopan tuuuh aku .. muahaha

Dan inilah adik adik yang super best sebab dengan selambanya boleh beraku hang berkami hampa beraku kau ^^ bila jumpa diorang masih tegur tegur walaupun lain course. Moga sampai ke akhirnyalah masih tegur menegur. Hoho 

Adik adik dekat akademi aku tak best sebab diorang sopan sangat . Haha . Semua nak panggil aku kakak. Hahaha .. terimalah hakikat mak enon yang awak tuuh kakak kakak. =.=" 

Dah, itu je yang aku nak merepek. 



Share this:

ABOUT THE AUTHOR

Kim Chaa

Kim chaa @ KC 23. Student. Part Time Blogger. Any inquiries or collaboration you can contact me by my email at aniesa94ahmad@gmail.com.

    Blogger Comment
    Facebook Comment

21 comments:

  1. selamat menyambung pelajaran yer.. dkt sini un xde la nk regging2 ni..

    ReplyDelete
  2. CHa! All the best for your future study :D

    ReplyDelete
  3. tahniah kim chaa! hebatnya dapat sambung UM!
    maaflah tak dpt reply komen on the spot macam dedulu...^_^! tu pun post auto publish...hehehehhe
    saya sambung kos hartanah dekat uitm shah alam...insyaAllah ada rezeki, mungkin kita bertembung kan? hahahha
    all the best ya for ur study! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ikut otak tak layak masuk um.. haaha .. rezeki je masuk sini.

      Sama laah , dah xde masa nak pergi blogwalking. Waaah, hebatnya sambung kos hartanah. Berkait jugak ke dgn geometric ? All the best jugak utk study. Haha .. insyaaallah ada rezeki btembunglaah kite .. hoho

      Delete
  4. Replies
    1. Makasih lokman. Buku dah habis baca ke ? Heheeh

      Delete
  5. thniah! n good luck slmt kmbli bljr..hehe


    Salam singgah dari "http://www.mialiana.com/2016/09/senarai-url-blog-25.html" dan follow sini.

    ReplyDelete
  6. Selamat hari raya aidiladha :)
    Salam singgah dari http://www.mialiana.com/2016/09/senarai-url-blog-25.html

    Saya follow sini :)
    http://minimeyra.blogspot.my/

    ReplyDelete
  7. Hai awk! Sorry excited sbb ada jugak lepasan diploma kat KK kurshiah yg sama2 masuk UM. :D sy sama umur dgn awk kot sbb dlu dip dr UiTM.skrg dduk kat KK5. Heeehe slmt brkenalan.awk kos apa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alamak ! Ada budak um jumpa blog niiih . Maluuuu .. hahaha .. *lari sorok belakang dinding*

      Hai jugak . Saya dr api :D awak ambik kos apa ? ^^

      Delete
    2. Hahaha nak malu apa. Smua yg awk ckp psl MHS tu memories kot. Sy pon jd trimbau sdikit sbnyk kenangan2 tu. Sy fac biz n acc. Kos accounting. :-D kwn sbilik dr api jugak. Kos sains politik.

      Delete
    3. Haritu minta akaun pilihan pertama tapi takdapat .. hahaha .. nanti jemput jemput laaah datang kk3 .. boleh kenal kenal .. hehe ..

      Delete
  8. X pe. Allah dah tntukan kita dlm course masing2 brsebab. Prcaya dgn Dia sbb kita da usaha. Bole2, insyaAllah. :-) oh ya dulu dip apa msa kat UiTM? N kampus mana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu diploma ambik dekat ipts bukan uitm .. hehe

      Delete
  9. Tahniah sambung belajar di UM! Good luck! Siqah ada juga lalu UM. Masuk dan keluar UM jela sebagai jalan pintas :D

    ReplyDelete
  10. tahniah dapat sambung um!:D hm, saya nak tanya boleh? sebab sy pun dr diploma. dan ingat nakk apply um next year. cgpa keseluruhan diploma awk berapa ye? sebab nak apply um, takut tak lepas cgpa.. sy punya 3.8 je. tq :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tinggi tuuh 3.8. Syarat am untuk masuk UM CGPA 3.0 keatas.Pastu dia akan tengok syarat khas ikut kos yang kita minta. Kalau lepas syarat insyaAllah lepas. ^^

      Jemput datang UM :D All the best ^^

      Delete
    2. dan MUET kalau ikut syarat perlu band 2 dan keatas. Tapi ikut kos jugak. kalau macam kos saya band 2 dah lepas, tapi ada kos lain yang perlukan band 3. Nanti try bukak website UM dan tengok dekat syarat am uni dan syarat khas untuk kos yang awak nak minta. :)

      Delete

Pecah kaca, pecah gelas, dah baca komen lah, nanti saya balas ^^