Review Movie : Train to Busan


Salam Alaikum ^^ 


Tajuk : Train to Busan
Pengarah : Yeon Sang-Ho
Tarikh Tayangan : 20 July 2016
Durasi : 118 minit
Genre : Action / Suspense thriller / zombie
Pelakon : Gong Yoo (Seo Woo) , Jung Yu Mi (Sung Gyeong), Ma Dong Seok (Sang Hwa), Kim Soo Ahn (Soo An)



Orang lain sibuk susun jadual hidup, jadual kelas, aku sibuk tengok Train to busan . Muahaha. 

Seo Woo bekerja sebagai fund manager di Seoul dan telah berkahwin mempunyai seorang anak perempuan, Soo-an. Seo Woo telah bercerai dengan isterinya dan anak mereka tinggal bersama Seo Woo.


Masa niih dah ramai jadi zombie. Diorang niih antara yang terselamat. 

Seo Woo niih jenis workaholic sampaikan tak sempat nak luangkan masa dengan anaknya. Malam sebelum birthday anak dia, dia ada belikan hadiah untuk anaknya, tapi anaknya macam tak suka sebabnya hadiah tuuh dia dah pernah bagi sebelum niih. Soo-an nak sangat jumpa ibunya di Busan, sampai sanggup minta izin nak pergi sendiri  naik train. Seo Woo niih macam tak sangguplah nak tengok anak dia naik train sensorang. Dah laah anak dia kecik lagi. Akhirnya, Seo Woo buat keputusan nak pergi Busan, bawak anak dia jumpa dengan bekas isteri dia. 

Sebelum train bergerak ada sorang perempuan yang terkena jangkitan zombie termasuk dalam train diorang. Bila sorang zombie dah masuk train, mulalah merebak ke orang lain. Keadaan jadi kucar kacir. 


Korang akan menyampah dengan COO niih bila korang tengok movie Train to Busan. Erggghh .. kalau korang perasan, dialah yang jadi pelukis untuk komik Kang Chul dalam drama W Two world 


Dalam movie niih korang akan jumpa manusia yang pentingkan diri sendiri, orang yang sanggup gadaikan nyawa sendiri demi orang lain, hubungan adik beradik, kasih sayang ayah dan anak dan macam macam lagi yang korang akan jumpa dalam movie niih. 

Perasaan masa tengok movie niih, ada pelbagai, ada rasa marah, geram, benci, sedih, kelakar dan takut. 

Bagi aku yang tak minat kisah zombie zombie niih, cerita niih best. Banyak pengajaran yang korang akan belajar dari movie niih. Banyak benda yang korang boleh belajar dari movie niih samaada secara tersirat atau tersurat. Ending dia sedikit sedih. Sempatlah jugak mata aku berair. Haha


Mula mula, aku ingatkan Soo An niih lelaki . Haha 

Kalau korang nak tengok movie niih, pergi cari dekat Facebook sebelum kena delete. :p


*gambar kredit kepada google. 


Share this:

ABOUT THE AUTHOR

Kim Chaa

Kim chaa @ KC 23. Student. Part Time Blogger. Any inquiries or collaboration you can contact me by my email at aniesa94ahmad@gmail.com.

    Blogger Comment
    Facebook Comment

13 comments:

  1. baru tengok semalam. highly recommended, cite ni mmng best sangatt. a father sacrificed himself to prove that he wasn't selfish and to prove that he loves his child..

    saya pun baru perasan yg pakcik selfish tu watak oh sung moo dlm cute W. Tu pun lps tengok cite train to busan ni baru godek2 sikit nama cast dia.

    tpi which part yg nampak mcm kelakar eh? sbb saya rasa semua part dia serious and thrilling >< my favourite kind of movie!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Part kelakar sinis masa laki yang ada wife tuuh tnya soo ab ayah kerja apa ? Part tuuh takde laah kelakar sangat, cuma babak tuuh ada kelakar sinis yg menyindir pasal manusia manusia yg pentingkan diri.

      Delete
  2. Kim chaa pun dh tgk.. Mmg ramai org ckp best tapi still tak tgk2 lagi movie ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe .. kebetulan cari terjumpa. Tengok jelah .. xpe, nnt ada masa tgok laaah . ^^

      Delete
  3. saya pun baru perasan pak cik tu adalah org yang sama! benci giler dengan dia!!!
    tapi kira dia berjayalah bawak watak tu sampai semua orang benci dengan dia..huhuhu

    padahal, si ayah tu boleh je selamat tau..nak dijadikan cerita yang dia sanggup berkorban demi anak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kaaan ~~~ semua yg tengok movie niih benci pak cikk tuuh .. yup, betyl. Ayah tuuh boleh je selamat , tp disebabkan pakcik tuuh selfish terkorban ayah tuuh . Sedih sangat tgok pengorbanan seorang ayah .

      Delete
  4. Akak pun kurang gemar citer zombie,...tapi ramai kawan yang recommend suruh tengok citer ni :)

    ReplyDelete
  5. Salam Perkenalan ..
    Baru tengok citer ni, best jugak

    ReplyDelete
  6. Yes! Best filem ni! A zombie story with a good moral value :) tahap tertinggi benci kat COO selfish tu..

    ReplyDelete
  7. Samalah dengan akak.. Memula ingatkan budak tu lelaki..
    Tapi citer nie memang ohsem lah..
    Walaupun starting dengan ending tak suka..
    Tapi keseluruhan cerita ini memang bagi impak..

    ReplyDelete
  8. Sedih sgt cerita ni,huhu, hati tisu :P

    Berbaloi pergi tengok wayang.

    ReplyDelete
  9. salam akak belum tgk , tunggu orng download kan hehehe

    ReplyDelete
  10. Time tengok...berharap pak cik selfish tu mati. Akhirnyaaaa....

    ReplyDelete

Pecah kaca, pecah gelas, dah baca komen lah, nanti saya balas ^^