Saya Pinjam Awak 3 Minggu


Salam Alaikum ... 


Tadi pagi dah taip tapi terdelete .. huarghhh


Mohd Syahmi Shafee,28 dan pasangannya Syahida Samsul,23  masing masing telah diijabkabulkan pada 27.08.2016 yang lalu. Diorang baru balik dari honeymoon dan si suami pun menghatar sang isteri kembali ke UNISZA bagi meneruskan pengajian dan ditakdirkan ilahi, si suami pulang ke negeri abadi. Mohd Syahmi dikebumikan pada tarikh lahirnya sendiri. 





Apa yang aku baca, si suami meninggal akibat kemalangan jalan raya langgar lari dan dilanggar oleh lori. Video pasal perkahwinan diorang ada viral di Facebook. Aku tengok video tuuh, masa otak aku tengah sedih memang nak nangis. Sekali tengok video tuuh, gambar kahwin diorang terus meleleh leleh air mata. Itu baru suami orang yang meninggal, kalau suami aku meninggal ? Ehh, dah kawen ke ? 



4 tahun menunggu, 3 minggu dipinjamkan. Selamanya bersama. 



Kalau si isteri, baca blog aku, aku cuma nak cakap " awak antara insan terpilih. Insan kuat. Insan hebat. Antara ramai ramai wanita tuhan uji awak. Tuhan pilih awak. Dalam 3 minggu awak dipinjamkan sang suami. Awak gembirakannya. Allah lindung awak dari menjadi isteri derhaka. Moga allah berikan kebahagian buat awak dan si suami di negeri abadi. Moga Allah kuatkan hati awak. Moga awak sentiasa dalam lindungan Allah dan moga Allah gantikan dengan sesuati yang baik sama ada di dunia dan akhirat."

Kalau aku yang menerima ujian ini, mungkin aku rebah. 



Note : 

Segala gambar diambil dari instagram. Kredit  kepada pemilik gambar. 


Share this:

ABOUT THE AUTHOR

Kim Chaa

Kim chaa @ KC 23. Student. Part Time Blogger. Any inquiries or collaboration you can contact me by my email at aniesa94ahmad@gmail.com.

    Blogger Comment
    Facebook Comment

4 comments:

Pecah kaca, pecah gelas, dah baca komen lah, nanti saya balas ^^