Surat Buatmu Afifah


Salam Alaikum ^^ 



Disebabkan ramai sangat orang femes tulis surat untuk orang femes, makanya aku sebagai orang biasa nak tulis surat untuk orang biasa. Hoho. 

Tanggal 1 September 1994, lahirlah seorang puteri yang diberi 'Afifah binti Abdul Fatah. Sebagai puteri pertama beliau dibelai dan dimanja penuh kasih sayang. *dah tak tahu nak merepek apa lagi*

Aku kenal dengan afifah pada tahun 2012. Kitorang ambik diploma sama sama. Aku panggil dia Ipah. Aku suka berkawan dengan dia sebabnya dia manusia yang happy go lucky.

Banyak kerja gila yang aku buat dia tahu. Banyak cerita yang aku kongsi dengan dia. Time aku buat jahat, selalunya dia tahu. Haha . Time aku panic, dia tahu. Bukan setakat dia je, semua orang pun boleh tahu time aku panic. Kohkoh.

Aku berjaya hasut dia untuk gilakan buku genre yang sama dengan aku, sampaikan akhirnya dia gilakan buku. Haha

Masa ambik MUET, aku menumpang di rumah dia. Umi dia dan Ipah yang tolong ajarkan, bagi tips segala bagai. Terima kasih untuk Afifah dan keluarga.

Banyak lagi benda baik, hal bahagia hal melucukan yang Afifah hadiah dekat aku. Terima kasih afifah sudi jadi kawan saya . Hoho .

Orang yang stalk blog aku memula dulu adalah dia. Habis semua orang minta link blog aku. Dan disebabkan tuu, aku private kan sekejap blog aku.. Hahaaha ..

Untuk 'Afifah, semperna birthday awak 1hb yang lepas, dan saya tak bagi lagi ucapan, jadinya dengan ini saya ingin mengucapkan :

"Selamat hari lahir Afifah. Moga dengan pertambahan umur bertambah amal ibadat, dimurahkan rezeki yang penuh barakah, diberikan ilmu yang bermanfaat dan dapat disampaikan kepada orang ramai, diberikan jodoh yang baik pada saat yang terbaik :)"

Duduk labuan tuu baik baik bah . Moga tabah disana. Anggaplah yang awak lagi bijak dari diorang, lagi terer bi dari diorang. Nanti kita graduate sama sama eehhh .. ^^

Dan dengan rasminya, saya nak bagitahu awak, yang saya sayang awak . Hohoho *muntah darah








Share this:

ABOUT THE AUTHOR

Kim Chaa

Kim chaa @ KC 23. Student. Part Time Blogger. Any inquiries or collaboration you can contact me by my email at aniesa94ahmad@gmail.com.

    Blogger Comment
    Facebook Comment

3 comments:

  1. selamat hari jadi afifah.. semoga diberikan kesihatan yg baik.. :D

    ReplyDelete
  2. sweetnya awak kim chaa!! terharunya kalau ada orang tulis surat utk kita macam ni..hehehehhe

    selamat hari lahir afifah! semoga sentiasa dibawah rahmatNya.. :)

    ReplyDelete
  3. Hahaha .. nnt kita tulis surat utuk sofie .. :D

    ReplyDelete

Pecah kaca, pecah gelas, dah baca komen lah, nanti saya balas ^^