Pelik


Salam Alaikum ^^ 


Dah hampir dua minggu aku tak taip apa apa kat blog. Makanya berlakulah fenomena Writter block. Jadi aku nak kongsi satu kata kata yang aku jumpa dari Instagram Syafiq Aizat penulis novel AJAIB, AWAN, AKSARA. Dah lama jumpa, baru hari ni rasa nak share. Dan aku suka kata kata niih, tak tahu sebab apa. 


Sekali lagi aku cakap, 'hidup ini pelik'.
Macam ; 
Kenapa kita obses sangat nak jadi someone yang special ?
Atau ;
Kenapa kita mesti tersuka dekat orang yang memang tak akan suka dekat kita ? 
Atau ;
Kenapa kita tak dapat apa yang kita nak ? 
Atau ;
Kenapa kita sedih sebab benda bodoh kita buat sendiri ?
Atau ;
Kenapa kita hidup tak seindah hidup orang lain ?
Atau ;
Kenapa orang handsome & cantik selalu dapat apa yang dia nak ?
Kenapa perasaan kita tak ada suiz ?
kenapa fikiran kita tak ada manual ?
Kenapa semakin kita besar, semakin kita hilang control ?
Kenapa semua benda kena complicated ?
Dulu bila rasa doa tak dimakbulkan je,
aku mesti down
Sampailah suatu hari aku sedar yang Tuhan tu bukannya wujud cuma untuk tunaikan permintaan manusia.
Agama bukan satu jenama untuk manusia dapat untung dunia. 
Dan iman iftu bukan tahu dalil, hadis dan hukum semata-mata


Dalam banyak banyak persoalan diatas, aku rasa mesti ada satu dua yang korang pernah tanya dekat diri korang, kaaaan ? Moga bertemu dengan jawapannya. ^^ 



Share this:

ABOUT THE AUTHOR

Kim Chaa

Kim chaa @ KC 23. Student. Part Time Blogger. Any inquiries or collaboration you can contact me by my email at aniesa94ahmad@gmail.com.

    Blogger Comment
    Facebook Comment

4 comments:

Pecah kaca, pecah gelas, dah baca komen lah, nanti saya balas ^^