REVIEW BUKU : MAK KAU HIJAU


Salam Alaikum ^^


Tajuk : "Mak Kau Hijau" : Realiti Budak Melayu
Penulis : Emir Abu Khalil
Keluaran : Kopi Press 
Harga : RM 20
ISBN : 978-967-135231-1


Sinopsis Buku : 

"Mak kau hijau ! Panas hati ! Bengang ! Apa teruk sangat bahasa budak-budak ni ? Tak tahu apa kepelikan dan kegilaan yang menimpa anak-anak kita sekarang. Menonton video tersebut buat aku terfikir apa bentuk pendidikan yang anak anak zaman sekarang dapat ; apa yang bentuk pemikiran diorang. Seseorang yang membuli, mulut boleh tahan, satu lagi yang dibuli, mesti tunjuk berani retaliate, mulut pun ala longkang. Paling teruk, yang merakam."

Korang rasa susah nak ajar budak ? Korang rasa budak budak sekarang kurang ajar, tak reti hormat ? Memang, tak senang beb nak jadi cikgu, semua pengalaman aku berdepan dan uruskan budak-budak kategori 'nakal' ni aku sumbat dalam buku ' Mak Kau Hijau ! ' ni.

Sebab tu, buku ni korang WAJIB baca ! Bukan setakat cikgu-cikgi, bahkan mak abah., abang kakak, jiran tetangga, atuk nenek pun boleh baca ! Aku bukan cikgu yang perfect tapi itu tak bermakna aku tak boleh buat apa-apa untuk ubah anak anak murid aku. Kalau korang tak boleh buat semua, korang jangan tinggalkan semua. Kalau korang faham basic ni, mengajar dan mendidik akan menjadi benda yang korang paling suka, sebab ni lah saham akhirat korang. 

Sinopsis dan Pandangan Aku :

Buku nih dicetak pada September 2015 dan aku dah selalu sangat jumpa buku nih di kedai buku. Tapi sayangnya October 2016 baru aku berminat untuk beli buku nih. Antara faktor aku tak beli buku ini disebabkan tajuk buku. Jujur aku cakap, aku memang tahap benci menyampah gila bila dengar orang cakap Mak Kau Hijau ! Persepsi aku terhadap orang tu, dia seorang manusia yang tak beradab. 

Buku niih mengisahkan tentang pengalaman seorang guru lelaki dalam mendidik dan mentarbiahkan anak-anak zaman sekarang yang semakin hilang moral, yang makin moden makin jahil. 

Antara pengalaman beliau, bagaimana beliau berjaya mengubah seorang pelajar sekolah yang selalu menonton DVD lucah, mengembalikan anak muridnya mengenal islam, dan pengalaman beliau bersama anak anak muridnya yang lain bersama kisah yang pelbagai. 

Dalam teruknya anak zaman kini, masih terselit kebaikan cumanya kita terlalu pandang rendah terhadap kebaikan itu. Persepsi kita terhadap anak sekolah menyebabkan mereka makin tidak bermoral tanpa disedari. 

Guru bukan sekadar cikgu. Guru adalah pendidik. Guru tugasnya mentarbiah generasi muda. Dan melalui buku ini, dinyatakan yang bila mana kau kerja niat kerana Allah dan kau ikhlas dengan pekerjaan kau, kau akan buat sesuatu dengan bersungguh dan kau akan pegang itu sebagai amanah. 

Siapa yang patut baca buku nih ? 
  • Cikgu yang jadi cikgu semata-mata tiada pilihan lain
  • Cikgu yang jadi cikgu disebabkan tiada kerja lain
  • Anak anak muda yang hilang arah
  • Manusia yang fed-up dengan kerja yang dilakukan
  • Anak kecil seawal tadika * moral perlu diajar sedari kecil
  • Kalian yang banyak masa terluang
Berbaloi ke beli buku nih ? 

Berbaloi sebab kau akan dapat belajar benda baru dan air mata kau akan mengalir bila hati kau jenis hati tisu macam aku. Haha 


Share this:

ABOUT THE AUTHOR

Kim Chaa

Kim chaa @ KC 23. Student. Part Time Blogger. Any inquiries or collaboration you can contact me by my email at aniesa94ahmad@gmail.com.

    Blogger Comment
    Facebook Comment

4 comments:

  1. Oh mak kau hijau...!! cam menarik buku ni... nak bacaaaaa... hehe..

    ReplyDelete
  2. Opps! Mak kau hijau! Hahaha! Terus jadi buku dah haa.

    ReplyDelete

Pecah kaca, pecah gelas, dah baca komen lah, nanti saya balas ^^