Buku Pilihan November 2016


Salam Alaikum ^^ 

Sejak sambung belajar nih baru sempat habiskan satu buku, tiga buah buku lagi baru baca suku suku. Dan tadi sematlah google buku buku baru tahun nih dan alangkah menyesalnya sebab banyak buku best yang aku teringin nak beli dan baca. 


VIGNETTE - SYUD 
TERBITAN : JEMARI SENI 
HARGA : RM 25.00



Dari review yang aku baca kebanyakan semua komen positif. Aku memang minat jugak dengan karya Syud sebabnya gaya penulisan dia santai tapi input yang disampaikan bermanfaat. Karya dia masih relevan dalam dunia realiti. 


MAHADEWI - NOOR SURAYA 
TERBITAN : JEMARI SENI 
HARGA : RM 28.00



Buku Mahadewi nih sambungan bagi dua buah novel Noor Suraya iaitu Panggil Aku Dahlia dan Surat Ungu Untuk Nuha. Review untuk buku nih pun positif. Kalau korang pernah baca karya Noor Suraya, mesti korang tahu kan yang penulisan Noor Suraya buat kita rasa kita di dalam alam tersebut. Bahasa disusun cantik dengan pantun pantun yang indah. Perghh, memang bestlah ! 


10 - ( HLOVATE, NOOR SURAYA, SYUD, DLL)
TERBITAN : JEMARI SENI 
HARGA : RM 55.00


10 niih ada novel yang ditulis oleh 10 orang penulis dan ada 10 cerita semperna ulang tahun ke-10 Jemari Seni. Aku nak sangat beli novel niih disebabkan ada Hlovate. Dah lama oiit, Hlovate tak keluarkan buku baru. Jadinya, bila dapat tahu yang dalam buku nih ada Hlovate, makanya bergeloralah hati aku nak beli buku nih. Dalam buku nih Hlovate tulis tentang Camca & Garfu. Kalau korang nak baca preview untuk karya Hlovate boleh  baca di SINI


Dan kesemua buku pilihan aku untuk bulan nih adalah dari Jemari Seni. Kenal Jemari Seni dari sepupu aku dan buku first yang aku baca dari Jemari Seni ialah aA+bB karya Hlovate. Lepas baca karya Hlovate terus jatuh cinta dengan koleksi buku terbitan Jemari Seni. Bahasa-bahasa buku Jemari Seni, berseni. Tak macam setengah penerbit yang lain, yang keluarkan buku tiap bulan, tapi kualiti penulisan tak berbaloi untuk dibeli, *tulisan kau tuu hebat sangatkah wahai diri ? tak hebat, sebab tuuh aku tak tulis buku, aku tulis blog..  hahaha 

Tahniah untuk Jemari Seni. Moga terus melahirkan penulis yang berseni dan mengeluarkan karya karya yang bermutu dengan harga yang berpatutan. Selamat ulangtahun yang ke-10 Jemari Seni :)





Share this:

ABOUT THE AUTHOR

Kim Chaa

Kim chaa @ KC 23. Student. Part Time Blogger. Any inquiries or collaboration you can contact me by my email at aniesa94ahmad@gmail.com.

    Blogger Comment
    Facebook Comment

6 comments:

  1. time pi beli mahadewi tu, yang lain takde lagi....huhuhuhu..tak boleh nak baca sampai habis sebab takut cerita tu habis...

    ReplyDelete
  2. wah rajin membaca ek hehe
    http://mellyacrayola.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. salam bw.. best nya org ulat buku ni.. suka pulak tgk design buku jemari ni sweet jak..

    ReplyDelete
  4. bagus! amalan membaca mmg bagus untuk kita

    ReplyDelete
  5. Wahhh rajin KC! Saya dah lama tak membaca, tak berkesempatan :(

    ReplyDelete
  6. 342 HERE!

    MG TAK SUKA SGT BACA NOVEL
    EH BUKAN TAK SUKA SGT MMG TAK SUKA ..HEHE

    ReplyDelete

Pecah kaca, pecah gelas, dah baca komen lah, nanti saya balas ^^