Cabutan Bertuah dan Aku


Salam Alaikum ^^


Kelmarin 3hb November 2016 bersamaan dengan banyaknya mesyuarat, program yang diadakan pada waktu yang serentak. Aku ada tiga pilihan sama ada pergi ke Persatuan Anak Negeri, atau mesyuarat AJK, atau pergi Hari Interaksi Kelab. Dan pilihan aku, pergi Persatuan Anak Negeri atas sebab paling dekat dengan kolej aku. Andai habis lewat,bas takde aku boleh balik jalan kaki.

Aku diantara manusia yang tak pernah bertuah bila mana melibatkan cabutan bertuah. Sepanjang aku sertai cabutan bertuah, aku rasa aku cuma pernah menang dua atau tiga kali je. Semalam masa pergi AGM anak negeri, ada aktiviti cabutan bertuah. Punyalah banyak nombor yang dicabut, takde satu pun kena nombor aku. Aku memang agak dari awal yang aku takkan dapat. Sampailah cabutan terakhir, tiba-tiba pengurusi majlis sebut nombor dan panggil nama aku. 

wohaaaa !!! rasa macam mimpi sebabnya aku susah nak bernasib baik. Hadiah yang terakhir pada malam tuh ialah baju hijau kuning " Cheq orang Kedah "


lawa dak baju cheq ? heeehe


Harapnya, lepas niih lebih bertuah .. mueheehee .. Mungkin hadiah baju ini sebagai pengubat luka kesedihan salah jawab soalan exam pagi kelmarin. Ngeeeeeee 



note : 

(i)  Kalau aku buat Giveaway, korang nak join tak ? 
(ii) Korang lagi suka Giveaway dapat duit atau buku atau hadiah lain ? 

Share this:

ABOUT THE AUTHOR

Kim Chaa

Kim chaa @ KC 23. Student. Part Time Blogger. Any inquiries or collaboration you can contact me by my email at aniesa94ahmad@gmail.com.

    Blogger Comment
    Facebook Comment

3 comments:

  1. Tahniah, ceq pun orang kedah!

    mestilah join tapi kena habaq lah, hehehe. Hadiah buku paling best~

    ReplyDelete
  2. sama lah kak. sy pun jarang gak bertuah hahaha thats why tak berapa nak berharap sangat dgn benda mcm ni. akak nak buat giveaway ke? hee nak join jugekkkk. kalau sy lebih prefer buku :)

    ReplyDelete
  3. same here kim chaa!!!

    opkoslah kita nak join!!! paling best mestilah buku! bila nak launch ni...tak sabarnya nak join!!!

    ReplyDelete

Pecah kaca, pecah gelas, dah baca komen lah, nanti saya balas ^^