Ini Kisah Aku Dia Dan Mereka

Salam Alaikum ^^ 

Source

Setelah beberapa minit, setelah berkali-kali taip tajuk akhirnya tajuk ini yang dipilih Ini Kisah Aku Dia Dan Mereka.  

Kisah aku, aku pelajar diploma. Habis diploma aku rehat setahun dari belajar dan sekarang baru sambung degree. Bila aku sambung degree, majoriti budak kelas aku yang satu kos dengan aku berumur 19-20 tahun. Menyesal ke ambil diploma ? Orang lain sambung degree awal 20-an dan umur 22-23 dah dapat degree sedangkan aku umur 22 baru nak melangkah masuk ke dunia degree. Jujur aku cakap, aku tak pernah menyesal ambil diploma. Dunia diploma banyak mengajar aku untuk melangkah dengan yakin ke depan. Dunia diploma membawa aku membina satu memori yang takkan pernah aku dapat ditempat lain. Walaupun, orang ramai selalu pandang rendah dengan diploma, tapi aku berbangga aku dari diploma.


Ini kisah dia dan mereka. Aku pernah jumpa orang orang yang dulunya dah ambil degree tetiba patah balik, mula dari bawah. Dan aku percaya yang orang luar, akan kata tindakan diorang nih bodoh. Pada aku, mereka nih tak bodoh tapi itulah satu keputusan yang paling bijak diorang pernah buat. Orang akan cakap, kenapa tak bertahan sehingga habis ? dah nak habiskan ? tak menyesal ke ? Pada aku, buat apa kita nak bertahan hingga habis, andai di penghujungnya tidak membahagiakan kita ? Ada masanya, kita perlu pentingkan diri sendiri untuk membahagiakan kita di masa depan dan kita perlukan masa untuk mereka bahagia dan berbangga dengan keputusan kita.

"Tak usah peduli dengan kata orang. Langkah dengan penuh gagah. Kejayaan itu bukan letaknya pada usia. Kejayaan itu milik orang yang berusaha meskipun perlahan." - KC-


Share this:

ABOUT THE AUTHOR

Kim Chaa

Kim chaa @ KC 23. Student. Part Time Blogger. Any inquiries or collaboration you can contact me by my email at aniesa94ahmad@gmail.com.

    Blogger Comment
    Facebook Comment

6 comments:

  1. "Tak usah peduli dengan kata orang. Langkah dengan penuh gagah. Kejayaan itu bukan letaknya pada usia. Kejayaan itu milik orang yang berusaha meskipun perlahan." - KC-


    Suka kata2 nih...

    Nice entry:)

    ReplyDelete
  2. Diploma ke, degree ke, masters ke, pHd ke, semua ada nilai masing-masing. Yang penting, kita kena hargai ilmu yang kita dapat tuh.. Tak semua orang akan lalu jalan yang sama.

    Menuntut ilmu bukan hanya melalui sistem pendidikan, banyak lagi cara.. ^^ Be strong and keep your head straight up in whatever you're striving for.. ^^d

    ReplyDelete
  3. Mek lg la. Ambik dip tp kje tk guna klulusan dip pn. tp mek happy. At least employed :) sbb mek tk pndai business

    ReplyDelete
  4. everyone has their own path
    pedulikan orang lain do what we want to do

    ReplyDelete
  5. i'm proud being a diploma student. tak kiralah masuk degree tu sambung kos yang sama ke berbeza, tp setiap org berhak dapatkan hak mereka. iaitu; hak utk berjaya. memang susah, tp itulah proses kejayaan ^_^

    fight for the best kim chaa!

    ReplyDelete
  6. Betul ckp kim chaa sbb sis JM dulu pun start dgn diploma tau pastu baru degree itu pun dh agak berusia baru sambung degree. X kisah la sambung lambat ke cepat yg penting kehendak dan kemampuan. Usia bukan ukuran

    ReplyDelete

Pecah kaca, pecah gelas, dah baca komen lah, nanti saya balas ^^